`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, July 4, 2026

Sistem pemantauan 24 jam di Miri tak ceroboh privasi, kata Abang Jo

 Premier Sarawak berkata pengesanan masa nyata kenderaan itu bertujuan semata-mata untuk meningkatkan keselamatan awam.

Premier Sarawak Abang Johari Openg ketika melawat pusat kawalan bandar pintar Miri yang dilancarkan hari ini. (Gambar Ukas)
PETALING JAYA:
Sistem pemantauan 24 jam yang dilengkapi teknologi pengecaman wajah dan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan mula beroperasi di Miri, Sarawak.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata rangkaian pengesanan itu tidak melanggar privasi individu dan diwujudkan semata-mata untuk meningkatkan keselamatan awam.

“Walaupun ia digunakan untuk kepentingan awam, itu tidak bermakna kami melanggar privasi anda,” katanya di Miri selepas melancarkan pusat kawalan Bandar Pintar Miri, lapor Dayak Daily.

Katanya, sistem itu merakam imej masa nyata motosikal yang melalui kawasan berkenaan serta merekodkan nombor pendaftaran kenderaan secara automatik yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih proaktif dan selamat kepada orang ramai.

Sistem pengesanan masa nyata itu beroperasi meliputi rangkaian sejauh 77km dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Abang Johari berkata beliau yakin rangka kerja tersebut akhirnya akan menjadi model yang boleh diperluaskan ke seluruh Sarawak.

Beliau turut mencadangkan agar pusat kawalan berkenaan mempunyai satu lagi aplikasi yang dapat merumuskan semua aktiviti yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Ringkasan data mingguan itu akan membolehkan pihak majlis bandar raya memantau corak kejadian secara berterusan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam di seluruh rangkaian tersebut secara berperingkat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.