`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 29, 2017

Cukai GST punca juadah Bazar Ramadan naik harga

CUKAI barangan dan perkhidmatan, (GST) dilaporkan menjadi punca kenaikan harga juadah di Bazar Ramadan. Ini susulan kenaikan harga barangan asas yang melambung sejak pelaksanaan GST di negara ini. Perkara itu diakui sendiri oleh peniaga Bazar Ramadan lapor Sinar Harian.

Rata-rata harga makanan dan minuman yang dijual di Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang dilaporkan melambung sekitar 50 sen sehingga RM2. Ada juga harga yang masih kekal seperti kuih-muih walau bagaimanapun saiznya dilihat kini lebih kecil.


Seorang peniaga yang ditemui, Zaharah Abdul Hamid dipetik sebagai berkata, tahun lalu semua jenis air di kedainya dijual pada harga RM3 sebungkus.

"Namun Kini saya terpaksa jual RM3.50 dan RM4 bagi air cendol selepas harga buah, santan, dan susu naik,"

Beliau mengakui sedar bahawa pelanggannya akan merasa terbeban dengan kenaikan itu namun terpaksa melakukannya.

"Kita terpaksa naikkan harga jika tidak kita tak dapat untung, memang saya rasa kenaikan ini akan bebankan pembeli namun apakan daya kita sebagai peniaga terpaksa berbuat demikian," katanya yang menjual lebih 15 jenis air.


Selain itu harga murtabak ayam dan daging juga dilaporkan sudah meningkat sebanyak 50 sen di mana sebelum ini ia dijual pada harga lebih rendah iaitu RM2.50 sekeping.

Mohd Yunus Labbang, 37 yang ditemui berkata murtabak di kedainya menggunakan ayam dan daging segar bukannya frozen.

"Harga ayam dan daging segar sudah naik jadi saya terpaksa naikkan harga makanan ini," katanya.


"Kita untung tak banyak memang ada pelanggan mengeluh dengan kenaikan itu namun perniaga tak mampu buat apa-apa kerana kita juga kena fikirkan keuntungan," tambahnya.

Beliau yang berniaga menjual martabak sejak 11 tahun lalu bermula di Alor Setar Kedah berkata, kemungkinan harga RM3 hanya akan dijual untuk beberapa hari ini sahaja di bazar tersebut.

"Saya dengar peniaga murtabak lain di sini akan naikkan harga kepada RM 3.50, jadi saya pun kena naikkan juga untuk selaraskan harga di sini," katanya.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.