`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 7, 2024

Tekap seterika di UPNM, pelajar senior dituduh esok

 

UPNM
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, berkata pertuduhan itu akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 8 pagi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Suspek yang didakwa menekap seterika ke atas seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Awam Nasional Malaysia (UPNM) akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, berkata pertuduhan berkenaan akan dilakukan pada 8 pagi.

“Kes pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (sengaja mendatangkan kecederaan guna senjata berbahaya) melibatkan kes buli pelajar UPNM,” katanya menurut Kosmo.

Pada 2 Nov, Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata kejadian buli itu melibatkan mangsa berusia 20 tahun ketika diminta menggosok baju kerja seorang pelajar senior.

Mangsa mendakwa pelajar senior berusia 22 tahun itu secara mengejut mengambil seterika dari tangan mangsa lalu menekap peralatan itu di bahagian dada sebanyak sekali.

Susulan itu, polis merampas seterika dipercayai digunakan dalam kes yang berlaku pada 22 Okt, 11.45 malam, dengan kejadian dilapor pengadu pada 2 Nov.

Seramai 16 individu direkod percakapan termasuk pengadu, suspek, pegawai kadet lain, staf, jurulatih dan pegawai perubatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.