`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, January 12, 2026

Kedudukan politik, Akmal komited akur keputusan pimpinan

Ketua Pemuda Umno itu serah kedudukannya kepada Presiden Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh bertemu Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, petang tadi. (Gambar Dr Akmal Saleh)
PETALING JAYA:
 Dr Akmal Saleh menyerahkan kedudukan dalam Umno dan kerajaan Melaka kepada Presiden Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah memilih beliau bertanding sebagai Adun dan exco kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan.

“Insya-Allah, kita tunggulah…sebab apapun saya percaya, kuasa ketua menteri Melaka adalah kuasa beliau memilih saya sebagai seorang exco, maka saya perlu akur dan juga perlu ikut apa yang telah diperkatakan.

“… dan kuasa presiden (Umno) adalah seorang presiden parti yang telah memilih saya untuk mewakili parti bertanding pada pilihan raya (negeri), jadi ini dua insan yang perlu saya dapatkan persetujuan dan untuk saya dapatkan pandangan sebelum saya umum apa-apa,” katanya menurut Bernama di Melaka.

Sementara itu, Akmal dalam catatan di Facebook, berkata hasrat dan isi hatinya telah diluahkan kepada Ab Rauf di Pejabat Ketua Menteri petang tadi.

Beliau berkata, Ab Rauf adalah individu bertanggungjawab memperkenalkan perjuangan Umno kepada dirinya sejak beliau masih menjadi pemimpin mahasiswa dan banyak mengajarnya mengenai dunia kepimpinan dan perjuangan.

“Terima kasih bang, jasa dan ilmu yang abang berikan tidak mampu saya balas satu persatu. Saya berbangga dapat berkhidmat bersama,” katanya.

Sebelum ini, media sebelum ini melaporkan Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan disandangnya ketika ini selepas gesaan supaya Umno keluar kerajaan perpaduan mendapat reaksi negatif Zahid. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.