Bomba berkata seorang lagi penumpang kereta Perodua Aruz itu cedera parah dan dirawat Hospital Seberang Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.43 malam itu, mangsa yang juga pemandu kereta Perodua Aruz maut di lokasi kejadian manakala rakannya berusia 42 tahun cedera parah, lapor Sinar Harian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, tiba di lokasi, pihaknya didapati dua mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang kenderaan tersebut.
“Seorang mangsa iaitu penumpang berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, mangsa kedua yang merupakan pemandu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan pada 11.15 malam.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Tiada butiran lanjut mengenai mangsa yang meninggal dunia,” katanya lagi. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.