`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 11, 2026

Amuk: 2 beranak dirujuk ke hospital

Terdahulu polis menenangkan dua lelaki yang mengamuk di sebuah flat di Klang.

Ramli Kasa
Ketua Polis Klang Selatan, Ramli Kasa, berkata dua lelaki dalam kes amuk di Klang dirujuk ke HTAR untuk pemantauan. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
 Dua beranak yang mengamuk di sebuah flat di Klang pada Rabu lepas dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemantauan lanjut.

Ketua Polis Klang Selatan, Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki ketika ingin mengambil adik perempuan di flat itu pada 7.50 malam.

“Bapa serta teman lelaki kepada adik perempuannya difahamkan tiba-tiba mengamuk semasa mengadakan perbincangan sebelum suspek berusia 46 dan 20 tahun berjaya ditenangkan polis.

“Semakan lanjut mendapati dua lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental dan dihantar ke HTAR untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan susulan kejadian itu.

Terdahulu, video berdurasi lebih dua minit tular memaparkan seorang lelaki memegang sebilah parang menghalang orang ramai masuk ke rumahnya di sebuah flat sekitar Pandamaran, Klang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.