Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata unit itu turut berperanan memastikan penghayatan ajaran Islam diterapkan dalam diri setiap anggotanya.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata unit itu turut berperanan memastikan penghayatan ajaran Islam diterapkan dalam diri setiap anggotanya.

“Kita sudah ada Kagat,” katanya ringkas kepada FMT.
Terdahulu, Pemuda PAS menyeru penghayatan ajaran Islam diterapkan secara lebih menyeluruh dalam diri setiap anggota keselamatan susulan kontroversi dakwaan rasuah dan aktiviti tidak bermoral terkait ATM.
Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata ketiadaan penghayatan agama yang sebenar bukan sahaja merosakkan akhlak dan sahsiah anggota, malah berpotensi melemahkan disiplin serta keselamatan negara secara keseluruhan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kor Pegawai-pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc), Abdul Aziz Ibrahim, memaklumkan perkara sama sambil mengakui penubuhan Kagat sejak 16 April 1985 membantu ATM melahirkan anggota tentera yang memiliki daya tempur kerohanian tinggi, selain berperanan sebagai pendakwah tentera dalam menyampaikan ilmu agama.
Katanya, ATM juga mempunyai silibus yang lengkap untuk penghayatan rohani dan kelulusan dalam Pendidikan Islam dan Fardu Ain (Pifa) telah dijadikan syarat untuk kenaikan pangkat.
“Aktiviti agama dijalankan di seluruh pasukan ATM, malah boleh dikatakan setiap malam Jumaat adalah hari wajib diadakan aktiviti bermula solat jemaah maghrib dan isyak serta ceramah keagamaan.
“Pensyarah-pensyarah juga dijemput pada malam tertentu bersempena dengan hari kebesaran Islam tanpa gagal,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.