`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 10, 2026

3,383 mangsa banjir di 42 PPS Sarawak, Sabah

Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 364 orang petang ini berbanding 462 orang pagi tadi.

PPS
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan kepada 3,019 orang petang ini berbanding 3,031 orang pagi tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Seramai 3,383 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sarawak dan Sabah setakat petang ini, dengan kedua-dua negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa.

Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 3,019 daripada 888 keluarga berbanding 3,031 orang daripada 876 keluarga pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semua mangsa ditempatkan di 40 PPS, iaitu Serian 23 PPS, Samarahan (empat), Balai Ringin (tiga), Miri (tiga), Bintulu (dua) serta masing-masing satu PPS di Kuching, Simunjan, Gedong, Sibu dan Mukah.

Semalam, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

Di Sabah, mangsa banjir menunjukkan trend penurunan dengan 364 mangsa daripada 136 keluarga setakat petang ini berbanding 462 orang daripada 157 keluarga pagi tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan dua PPS di Beaufort masih beroperasi, iaitu pusat pemindahan kekal Dewan Selagon dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.