Anwar Ibrahim berkata agensi seperti SPRM menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Beliau berkata, agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Saya fikir jika dibandingkan dengan dua tahun lalu, prestasi penguatkuasaan kini adalah agak membanggakan.
“Saya tidak mengatakan berpuas hati sepenuhnya, namun kita telah mengambil tindakan terhadap tokoh-tokoh besar, termasuk bekas perdana menteri dan bekas menteri,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pengenalan pasangan panda gergasi baharu di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara.
Beliau turut menegaskan kerajaan memantau secara rapi anggota Jemaah Menteri dan penjawat awam bagi memastikan akauntabiliti serta integriti dalam pentadbiran negara.
Bagaimanapun, perdana menteri menegaskan isu rasuah di Malaysia bukan sekadar bersifat endemik, sebaliknya bersifat sistemik dan memerlukan usaha berterusan serta menyeluruh untuk ditangani.
Sehubungan itu, Anwar menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh langkah membanteras rasuah.
“Saya telah menyatakan dengan jelas bahawa usaha ini akan diteruskan,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.