`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 10, 2026

Keputusan MIC kekal atau keluar BN dijangka Februari, kata Saravanan

Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata parti itu dijangka membuat keputusan muktamad mungkin awal atau pertengahan Februari ini selepas perayaan Thaipusam.

PRESS CONFERENCE PERHIMPUNAN AGUNG MIC
Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata hubungan parti itu dengan BN masih harmoni, walaupun timbul desas-desus usul keluar BN.
PETALING JAYA:
 MIC dijangka membuat keputusan muktamad sama ada meninggalkan Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya seawal Februari ini selepas perayaan Thaipusam.

“Jadi, kita akan buat keputusan selepas Thaipusam…mungkin awal atau pertengahan Februari depan. Januari ini ada Perhimpunan Agung Umno… jadi kita selesaikan dulu,” kata Timbalan Presiden MIC, M Saravanan menurut Berita Harian.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan peralatan pertanian kepada peniaga B40 Parlimen berkenaan di Bangunan MIC Tapah, Perak.

Turut hadir Pengerusi BN Tapah dan pemangku Ketua Umno Tapah, Khairul Azmi Ghazali.

Saravanan berkata, hubungan parti itu dengan BN masih harmoni, walaupun timbul desas-desus usul untuk MIC meninggalkan gabungan berkenaan.

Katanya, keputusan muktamad sama ada MIC kekal dengan BN sehingga PRU16 akan dibuat Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

“Setakat ini, kita nampak semuanya aman damai. Jadi, kita kekalkanlah keharmonian.

“Setakat ini, MIC masih dengan BN.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.