`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 10, 2026

Askar Wataniah tawar latihan survival kepada pelajar Perlis

Timbalan Komander Lasahi Laiji berkata pembinaan jati diri menerusi latihan ditawarkan bagi menyediakan pelajar cabaran kehidupan sebenar.

Anakanda Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, iaitu warisnya yang kedua negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail (tengah), serta Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail (kiri), dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail menjalani ‘Latihan Survival Skill’ dan ‘Kem Jati Diri’ Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis.
PETALING JAYA:
 Rejimen 504 Askar Wataniah menawarkan ‘Latihan Survival’ dan ‘Kem Jati Diri’ kepada pelajar sekolah sebagai persediaan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Timbalan Komander Lasahi Laiji, berkata antara pengisian latihan termasuk keupayaan mengenal pasti sumber air, pemilihan bahan semula jadi untuk dijadikan tali, kemahiran ikatan, serta pembinaan tempat perlindungan.

“Untuk rekod, sepanjang 2024 program ini telah melibatkan penyertaan 42 buah sekolah dengan seramai 3,276 pelajar.

“Manakala, pada 2025 seramai 780 pelajar daripada tujuh sekolah mengikuti latihan ini sebagai pengisian pembinaan jati diri dan persediaan menghadapi cabaran kehidupan sebenar,” katanya dalam kenyataan sempena penganjuran kem itu di Bukit Keteri, Perlis.

Turut ditekankan ialah teknik navigasi menggunakan kompas dan petunjuk alam, asas bantuan kecemasan, kaedah pergerakan selamat di kawasan berbukit, serta pengurusan risiko ancaman haiwan berbisa, termasuk pengenalpastian dan tindakan awal sekiranya berlaku gigitan atau patukan.

Dalam pada itu, kem berkenaan turut disertai tiga anakanda Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, iaitu waris yang kedua negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, serta Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

ketiga-tiga anakanda Raja Muda yang juga merangkap komander rejimen tersebut tidak melepaskan peluang mencuba sendiri teknik dan langkah latihan diajar, sebagai persediaan membantu diri dalam situasi kecemasan atau saat memerlukan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.