Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata PN boleh dilihat gabungan menampung atau tanggung beban tokoh ditolak parti asal.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata PN sepatutnya lebih memfokuskan kepada usaha melahirkan pemimpin pelapisnya sendiri.
“PN boleh dilihat gabungan menampung atau tanggung beban tokoh ditolak parti asal dan mewujudkan persepsi menampung sisa politik.
“Bukan melahirkan kepimpinan baru untuk masa depan,” kata perunding kanan Global Asia Consulting kepada FMT.
Beliau mengulas gesaan Presiden Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa supaya PN memperkenalkan corak organisasi yang lebih inklusif dan progresif, dengan membawa masuk tokoh sebagai ahli dan sekutu.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu mencadangkan PN membawa masuk ‘tokoh-tokoh berkeupayaan tinggi’ yang mungkin tidak berparti atau disingkir parti.
Selain itu, golongan teknokrat tidak dapat ke tengah melalui parti, bagi mengisi gabungan itu dengan individu berbakat.
Annuar turut mencadangan PN meminda perlembagaannya bagi membolehkan penglibatan lebih daripada seorang setiausaha agung, jika perlu, “untuk menjadikan organisasi PN lebih mantap”.
Sebelum ini, jawatan disandang Adun Hulu Kelang Azmin Ali yang bagaimanapun meletak jawatan selepas Muhyiddin Yassin mengosongkan kerusi pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan.
“Cadangan melantik dua setiausaha agung itu berpotensi menimbulkan perebutan kuasa, perbezaan strategi dan masalah komunikasi,” kata Zaharudin.
Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata cadangan itu dilihat tidak selari dengan sifat dan fungsi PN sebagai sebuah gabungan politik formal.
“PN ditubuhkan sebagai gabungan parti, keahlian tanpa asas parti boleh menyebabkan kekeliruan.
“PN perlu kekalkan untuk mengelak menjadi platform tidak jelas identiti dan hala tujunya,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.