`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 10, 2026

Polis terima 5 laporan penganjuran ‘Glamping With Pride’

Polis berkata siasatan dijalankan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

glamping with pride
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata lima laporan itu berkaitan iklan program ‘Glamping With Pride’.
PETALING JAYA:
 Lima laporan polis diterima berhubung penganjuran program ‘Glamping With Pride’ yang dijadualkan di Hulu Langat pada 17 dan 18 Jan ini.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata penganjuran program itu dipercayai boleh membawa masalah sosial dan melanggar tatasusila.

“Laporan pertama berkaitan iklan program berkenaan diterima 8 Jan lalu kira-kira 6.10 petang dan setakat ini polis Kajang menerima lima laporan berhubung perkara sama.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa menjaga tatasusila serta tidak melakukan perbuatan boleh mencetuskan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717 bagi membantu siasatan.”

Semalam, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi dilaporkan berkata, kerajaan negeri menggesa pihak berkuasa menyiasat penganjuran program ‘Glamping With Pride’ di Hulu Langat minggu depan dan tidak akan berkompromi sebarang cubaan menyebar serta mempromosikan budaya LGBT.

Media sebelum ini melaporkan tindakan kumpulan terbabit berhasrat meneruskan program itu walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.