`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 11, 2026

Pelajar hilang ditemui maut bersama lelaki dalam kereta

Polis berkata setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut kerana pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.

Timbalan Ketua Polis Sandakan K Ramasamy berkata bapa mangsa menemui keretanya di parkir Bandar Sejati Walk sebelum menemui kedua-dua mangsa selepas membuka pintu kereta guna kunci pendua. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Seorang pelajar yang dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Bandar Sejati Walk, Sandakan.

Pelajar 17 tahun itu ditemui bersama lelaki 18 tahun di tempat duduk belakang kereta kira-kira 8 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Sandakan, K Ramasamy, berkata sepasukan anggota polis bersama unit forensik IPK Sabah bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan penemuan itu.

Katanya, semua tingkap kereta tertutup rapat dan berkunci dengan barangan berharga mangsa tidak hilang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu keluar rumah untuk menemui gadis terbabit Jumaat lalu, sebelum kedua-duanya gagal dihubungi.

“Bapa mangsa menemui keretanya di tempat letak kereta Bandar Sejati Walk sebelum menemui kedua-dua mangsa selepas membuka pintu kereta menggunakan kunci pendua,” katanya menurut Harian Metro.

Ramasamy berkata, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut kerana pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.