`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, January 16, 2026

Mangsa menurun, hanya 3 PPS masih aktif di Sarawak

 Setakat pagi tadi, jumlah keseluruhan mangsa berlindung di PPS adalah sebanyak 427 orang daripada 129 keluarga.

pusat pemindahan pps
Hanya berbaki tiga pusat pemindahan sementara banjir yang masih aktif di Sarawak yang menempatkan 427 orang mangsa. (Gambar Bernama)
SIBU:
 Terdapat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) banjir masih aktif di Sarawak pagi ini selepas PPS Dewan SMK Bukit Assek di Sibu ditutup pada 7 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan tiga PPS masih aktif itu ialah PPS Dewan Suarah Bintulu yang menempatkan 184 mangsa daripada 53 keluarga, PPS Balai Raya Sebauh (148 mangsa daripada 48 keluarga) dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh (95 mangsa daripada 28 keluarga).

“Jumlah keseluruhan mangsa berlindung di PPS pada pagi ini adalah sebanyak 427 orang daripada 129 keluarga berbanding 507 orang daripada 158 keluarga pada 4 petang semalam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal Public Infobanjir melaporkan pada 7.30 pagi tadi, paras air di tiga stesen, iaitu Long Teru (Miri) serta Nanga Lemai B dan Stapang B (Sibu) masih melebihi tahap bahaya, manakala lima stesen lain berada pada paras amaran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.