`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 17, 2026

Perwakilan bimbang hakisan ‘kerusi Melayu’ P Pinang

Wakil Umno gusar kerusi di Kepala Batas, Tasek Gelugor, Balik Pulau, Permatang Pauh, dan Nibong Tebal bertukar status jika persempadanan dibuat.

penang-georgetown
Wakil Umno Pulau Pinang, Mohd Noor Ahmad, berkata jika ada keperluan kawasan Parlimen baharu, ia tidak boleh dihadkan kepada kawasan Parlimen bukan Melayu sahaja. (Gambar Pexels)
KUALA LUMPUR:
 Wakil Umno Pulau Pinang menyuarakan kebimbangan terhadap pembangunan tidak terkawal di negeri itu yang berpotensi menghakis status beberapa kawasan Parlimen majoriti Melayu, sekali gus menjejaskan representasi politik Melayu pada masa depan.

Wakil Umno Pulau Pinang, Mohd Noor Ahmad, berkata perubahan demografi akibat pembangunan pesat sejak Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa di negeri itu pada 2008 perlu diberi perhatian serius, khususnya menjelang sebarang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Menurutnya, Bayan Baru yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai Parlimen Melayu kini telah berubah status, dan situasi sama berkemungkinan berlaku di beberapa kawasan lain seperti Kepala Batas, Tasek Gelugor, Balik Pulau, Permatang Pauh, dan Nibong Tebal.

“Saya nak minta Datuk Seri presiden Umno lihat betul-betul jika ada cadangan untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam penggal pentadbiran PRU15 ini.

“Kalau nak wujudkan kawasan Parlimen baharu, jangan biarkan hanya kawasan Parlimen bukan Melayu sahaja pecah sempadan, sebab ia akan menyumbang pada tambah representasi wakil parti mereka dalam kerajaan,” katanya pada sesi pembahasan Perhimpunan Agung Umno, di WTC Kuala Lumpur.

Beliau turut mengingatkan pimpinan Umno untuk memastikan kawasan Parlimen Melayu benar-benar mencerminkan representasi populasi sebenar Melayu di Parlimen.

“Kalau tidak boleh buat perkara ini, di bawah Rumah Besar Bangsa, elok Umno yang menjadi sebahagian parti dalam kerajaan perpaduan tolak syor persempadanan semula,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.