Komponen utama projek ialah pembinaan kolam takungan bawah tanah seluas kira-kira 3,000 meter persegi di kawasan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata komponen utama projek itu ialah pembinaan kolam takungan bawah tanah (OSD) seluas kira-kira 3,000 meter persegi di kawasan berkenaan.
“Ketika hujan lebat, air larian ditakung terlebih dahulu sebelum dilepaskan secara terkawal ke Sungai Gombak sekali gus mengurangkan limpahan mendadak di kawasan bandar padat.
“Projek ini juga merangkumi penaiktarafan longkang, pembinaan saliran sekunder dan penyusunan semula laluan air agar lebih cekap dan selamat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata, projek itu dilaksanakan berikutan air larian hujan yang tinggi tidak dapat ditampung oleh longkang sedia ada lalu mencetuskan banjir kilat di Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Tun Ismail, Persiaran Tun Ismail, Bulatan Dato’ Onn dan sekitarnya.
Katanya, ia merupakan projek infrastruktur asas bandar yang kritikal bagi mencegah banjir kilat sekali gus melindungi keselamatan awam, memastikan kelancaran trafik dan menjamin fungsi kawasan teras negara.
Pada masa sama beliau turut menekankan bandar berdaya tahan dirancang lebih awal dan bukan selepas bencana berlaku
Sebelum ini, Hannah memaklumkan Padang Merbok, satu daripada ruang awam ikonik di pusat bandar Kuala Lumpur, dibuka semula sepenuhnya kepada orang awam selepas pagar yang dipasang sejak Ogos 2022 diturunkan pada 14 Jan lalu. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.