`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 17, 2026

Polis rampas diesel lebih RM200,000

Sejumlah besar diesel disimpan dengan terdapat kesangsian terhadap jumlah liter minyak yang direkodkan dalam buku stok.

polis marin rampas diesel
Siasatan mendapati diesel diperoleh melalui pembelian sah namun turut melibatkan pembelian secara runcit dalam kuantiti kecil daripada individu atau sindiket tertentu. (Gambar Polis Marin Wilayah Dua)
JOHOR BAHRU:
 Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas kira-kira 78,800 liter diesel bernilai RM263,980 dalam serbuan di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Noor Azman Jamal, berkata serbuan kira-kira 4 petang itu menahan lelaki tempatan berusia 50 tahun dipercayai penjaga atau pekerja premis tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati sejumlah besar diesel disimpan di situ dengan terdapat kesangsian terhadap jumlah liter minyak yang direkodkan dalam buku stok.

“Siasatan awal mendapati minyak diesel itu diperoleh melalui pembelian secara sah, namun turut melibatkan pembelian secara runcit dalam kuantiti kecil daripada individu atau sindiket tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, taktik itu dipercayai untuk mengaburkan jumlah sebenar stok diesel yang disimpan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Sehubungan itu, suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki atau menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran atau lesen yang sah.

Semua diesel dirampas dan kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.