`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 17, 2026

Remaja lemas ketika cuba selamatkan rakan

Mangsa usia 17 tahun bersama tiga rakan ke air terjun untuk mandi sebelum seorang hampir lemas selepas terjatuh ke kawasan yang dalam.

lemas langkawi
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk bedah siasat. (Gambar JBPM)
ALOR SETAR:
 Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi air terjun di Hutan Lipur Lubuk Semilang, dekat Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Langkawi, Khairul Azhar Nuruddin, berkata mangsa Muhammad Hafiz Zaini bersama tiga rakannya ke air terjun itu untuk mandi sebelum seorang rakannya hampir lemas selepas terjatuh ke kawasan air yang dalam.

“Mangsa segera masuk ke kawasan itu untuk menyelamatkan rakannya tetapi dia yang tidak pandai berenang telah lemas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, rakan mangsa yang hampir lemas itu kemudian berjaya diselamatkan oleh dua lagi rakannya, namun mereka gagal menyelamatkan Hafiz.

“Rakan mangsa kemudiann menghubungi talian 999. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menemukan mayat mangsa di celahan batu kira-kira 2.35 petang.

“Kedalaman air di lokasi kejadian kira-kira 4.5m. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Zon 4 (Langkawi) JBPM Kedah, Mohd Zamri Abd Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.37 tengah hari, sebelum tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Sebanyak enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang mangsa lemas. Anggota bomba telah menjalankan pencarian di permukaan air di sekitar kawasan mangsa dilaporkan lemas.

“Mangsa dijumpai di dasar air terjun dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah turun ke kawasan berkenaan untuk membawa naik mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.