`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 17, 2026

Fahmi tekan guna bahasa bersahaja jelas program kerajaan

Menteri komunikasi berkata golongan 18 hingga 35 tahun dikenal pasti kumpulan paling besar menerima maklumat melalui Facebook, TikTok, dan WhatsApp.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu penerangan berkait dasar, program, dan bantuan kerajaan guna bahasa ‘berpijak di bumi nyata’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Penggunaan bahasa mudah dan bersahaja akan dilaksanakan bagi menjelaskan dasar dan program kerajaan terutama kepada golongan 18 hingga 35 tahun, yang paling besar menerima maklumat menerusi Facebook, TikTok, dan WhatsApp.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata kementerian akan terus berusaha memperkasakan komunikasi kerajaan bagi memastikan segala maklumat termasuk bantuan kerajaan disampaikan jelas, tepat, dan mudah difahami rakyat.

“Kumpulan ini bukan sahaja merangkumi hampir separuh daripada pengundi, malah merupakan pengguna utama produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara.

“Sehubungan itu, kerajaan dan jentera penerangan diingatkan agar lebih bersedia dan tidak bergantung kepada pendekatan lama atau sekadar perkongsian semula kandungan,” katanya menurut Bernama ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Penerangan (Japen), di Cyberjaya.

Selain itu, penggunaan ciri audio WhatsApp turut disaran sebagai kaedah berkesan, khususnya bagi memudahkan penyampaian mesej kepada masyarakat yang kurang gemar membaca, dengan pendekatan lebih dekat dan mesra rakyat.

Dalam pada itu, bahasa digunakan mesti ‘berpijak di bumi nyata’.

“Arahan saya kepada mereka (warga Jabatan Penerangan) ialah bahasa yang digunakan mesti berpijak di bumi yang nyata. Di Perlis, mungkin penyampaian perlu menggunakan ayat dan pendekatan yang berbeza.

“Begitu juga dengan komuniti Cina, komuniti India, dan kelompok suku kaum tertentu, bahasa digunakan mestilah tepat dan sesuai, bukan sekadar bahasa rasmi atau bahasa Putrajaya,” katanya.

Katanya, bagi tujuan itu, penyelarasan jentera komunikasi kerajaan turut diperkukuh melibatkan pegawai penerangan, pegawai perhubungan awam (PRO) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK) di semua kementerian dan agensi.

“Kadang-kala, sekiranya kita mempunyai sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi kumpulan sasaran tidak mengetahui kewujudannya, maka di situlah berlakunya masalah komunikasi.”

Dalam perkembangan lain, Fahmi turut menzahirkan harapan agar Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dapat diaktifkan sebagai pusat latihan strategik bagi melahirkan ‘key communicator’ kerajaan, yang berupaya menyampaikan maklumat lebih berkesan dan responsif terhadap keperluan semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.