`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, February 21, 2026

Batal puasa

 Saya dan geng berpuasa penuh masa budak lagi. Kami takut puasa batal jadi timbul macam-macam 'pantang' pelik.

Mohsin Abdullah

Saya ni bukanlah orang alim tetapi saya mula berpuasa masa saya budak lagi. Tak mainlah puasa separuh hari, saya puasa full day dan complete satu bulan. Orang tua kata tak puasa tak boleh raya. So itu pendorong kuat buat saya berpuasa.

Begitu juga kawan-kawan saya. Che Man, Mat Nor yang kami gelar ‘Itik Spring’ (entah macam mana gelaran tu timbul wallahualam), Mat Zohrin yang kami panggil ‘Adek’ (Ada yang panggil ‘Keledek’). Kawan rapat Adek nama ‘Jenal Jepon’. Ada juga ‘Haris Congo’ (tak perlu tahu mengapa gelaran itu diberi kepadanya). Kawan baik saya, ‘Lias Pendek’, yang tinggal di Sentul. Dia selalu dibawa ayahnya ke rumah saya di Kampung Bharu sebab ayahnya kawan baik bapa saya. Kemudian ada ‘A’ai’. Rumah dia di Kampung Bharu tetapi tinggal di kuarters askar di Mindef. Ayahnya brigadier jeneral. Weekends A’ai balik Kampung Bharu lepak dengan kami.

Kawan-kawan ada yang sebaya dengan saya, ada yang lebih muda dan ada lebih tua tetapi rata-rata beza usia tak jauh. Saya berusia tujuh tahun. This was in 1962. Yang mengawasi kami ialah ‘Mael’. Dia lebih dewasa daripada saya dan geng. Bila Ramadan kami semua puasa seperti dikata tadi. We take fasting very seriously. Yang paling kami takut ialah jika puasa batal.

Ada macam-macam ‘pantang’ pelik tetapi tidak pelik buat kami waktu itu: tak boleh korek hidung nanti batal puasa. Korek telinga pun batal puasa. Tak boleh gosok gigi nanti batal puasa (ini kami ingkar). Kalau pergi hospital kena injection batal puasa. Kalau lari-lari jatuh lutut berdarah batal puasa. Kalau lafaz niat puasa masa siang hari batal puasa. Kalau tak niat puasa tak batal sebab memang tak boleh puasa. Tak makan sahur pun tak boleh puasa. Kalau kumur-kumur dan basuh muka banyak kali batal puasa. Tak boleh mandi lama-lama. Tak boleh mandi dalam kolam renang. Air masuk ruam kulit batal puasa.

Sebenarnya banyak lagi pantang yang kami patuhi supaya puasa tak batal. Semalam saya tanya A’ai sama ada dia masih ingat pantang puasa zaman kami budak-budak dulu.

“Telan air liur pun tak boleh. Puas aku ludah sampai kering tekak. Ni time primary school,” jawab A’ai.

Ada lagi. Masa tu mini skirt mula popular. Ramai gadis remaja memakainya. Lalu timbul pesanan jangan tengok nanti batal puasa.

Kami juga diingatkan jangan marah-marah. Jangan hilang sabar, jangan bergaduh, jangan maki-maki, jangan mencarut — semua itu akan buat puasa kami batal.

Satu lagi pesanan penting: jangan cakap bohong nanti batal puasa.

Tak tau dari mana datangnya pantang dan pesanan itu semua. Tak tau juga siapa punya ‘fatwa’ dan siapa yang mula-mula menularkannya. Memang banyak pantang larang yang diuar-uarakan waktu itu merepek dan mengarut. Banyak yang kami patuhi kerana yakin akan kebenarannya.

Namun larangan tengok gadis berskirt pendek ada juga dikatakan oleh ustaz semasa kami remaja. Cuma ustaz tidak kata batal puasa, sebaliknya pesan ustaz jangan terpukau dengan wanita berpakaian seksi nanti kurang pahala puasa.

Come to think of it meskipun pantang zaman kami budak-budak tidak ada dalam senarai perkara yang membatalkan puasa, ada juga eloknya jika dipatuhi oleh orang zaman ini termasuk orang dewasa terutama politikus.

Bukankah elok jika politikus yang sedang bersengketa ikut sama — jangan cakap bohong, jangan bergaduh, jangan maki hamun, jangan mencarut. Memang puasa tak batal tapi just because tak batal bolehlah dilakukan benda-benda tak elok, begitu? - FMT

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.