`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, February 21, 2026

Jadi ‘kuasa ketiga’ beri Hamzah peluang runding semua parti, kata penganalisis

 Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata parti baharu Hamzah Zainudin juga boleh mesra PN tetapi cabaran kerjasama dengan Bersatu.

hamzah zainudin
Media melaporkan Hamzah Zainudin yang dipecat Bersatu akan menyertai parti politik lain atau ‘rumah baharu’ minggu depan, bersama 16 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya.
PETALING JAYA:
 Menjadi kuasa ketiga seperti Muda mungkin antara ‘pilihan’ ada pada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang dilaporkan akan menyertai atau mengambil alih ‘rumah baharu’ minggu depan, kata penganalisis.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata menerusi pendekatan itu Hamzah dan parti baharunya boleh menjadi ejen politik bebas dan berunding dengan mana-mana pihak.

“Maksudya mereka bertindak sebagai third force (kuasa ketiga),” kata penganalisis dari Global Asia Consulting itu kepada FMT, mengulas platform untuk Hamzah bersama pasukannya yang dilaporkan akan menyertai parti baharu susulan krisis Bersatu.

Pada 10 Sept 2023, Muda keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga yang dibuat sebagai protes keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Hamzah yang dipecat Bersatu pada 13 Feb lalu akan menyertai parti politik lain atau ‘rumah baharu’ minggu depan, bersama 16 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Yunus Nurdin dipetik berkata Hamzah akan mengambil alih parti kecil bagi memperluaskan pengaruhnya menjelang PRU16.

Menurut Ahmad Zaharuddin, Hamzah yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan PAS tetapi bermusuh dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin susulan pemecatannya pada 13 Feb lalu mungkin sukar bergerak dalam PN.

“Hamzah juga mungkin boleh menubuhkan blok baharu tetapi berisiko kerana sokongan akar umbi belum tentu kukuh.

“Secara realistik, opsyen paling selamat ialah kekal bersama PN dan mesra PAS sambil membina imej sebagai tokoh pembangkang bebas.

“Namun tanpa platform rasmi, pengaruh beliau akan terhakis dalam jangka panjang,” katanya yang menyifatkan perkembangan itu sebagai ujian bagi membentuk pakatan pembangkang yang kuat.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berpandangan kemampuan menarik lebih ramai wakil rakyat mungkin menyebabkan parti dikuasai Hamzah menggantikan Bersatu dalam PN.

“Kita dapat lihat tekanan berterusan kepada Muhyiddin dengan pemimpin letak jawatan dan isytihar kononnya bahagian dibubarkan.

“Ini semua untuk tekan dan kecilkan pengaruh Muhyiddin,” katanya.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpendapat Hamzah akan mengekalkan pertalian dengan PAS untuk mendapatkan sokongan parti itu pada PRU16 walaupun berada di luar lingkup Bersatu.

“Kalau bergerak solo mungkin sukar untuk beliau atau siapa-siapa pun. Apakah beliau mahu kembali ke Umno? Saya rasa Hamzah cuba untuk menguji sokongan sebagai pemimpin politik.

“Jika dalam PN ada percanggahan kalau PAS kekal kerjasama dengan Bersatu, inilah punca krisis sebelum ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.