Seorang lagi mangsa turut dilaporkan cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran dua rumah di Keningau awal pagi tadi.

Mayat mangsa ditemukan di bahagian bilik, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan cedera ketika cuba menyelamatkan diri, dalam kejadian di Kampung Patau, Tambunan kira-kira 4 pagi itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.08 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Tambunan.
“Kebakaran ini melibatkan dua buah rumah dan tiga kenderaan.
“Kita juga menemukan mangsa, salah seorangnya kanak-kanak perempuan yang rentung dalam bilik manakala seorang lagi cedera ketika menyelamatkan diri,” katanya, menurut Sinar Harian.
Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.