`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, February 18, 2026

Jentera PH P Pinang diarah mula persiapan PRU

 Pengerusi Chow Kon Yeow kata tahun ini tempoh penting untuk menambah baik prestasi pentadbiran.

Chow Kon Yeow
Pengerusi Chow Kon Yeow kata PH Pulau Pinang perlu mula bekerja sekarang untuk meyakinkan rakyat. (Gambar Johnshen Lee)
PETALING JAYA:
 Jentera Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang diarah memulakan persiapan bagi menghadapi PRU, dengan misi mempertahankan pentadbiran PH pada peringkat negeri dan pusat.

Pengerusi Chow Kon Yeow berkata fokus ketika ini adalah pengukuhan dalaman, merangkumi penyusunan semula jentera, strategi gerak kerja serta pemantapan organisasi.

“Masa berlalu pantas, maka kita perlu mulakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang,” katanya, lapor Bernama, dalam ucapan majlis rumah terbuka PKR Pulau Pinang.

Chow menyifatkan misi mempertahankan pentadbiran PH sebagai tanggungjawab berat, dan tahun ini tempoh penting untuk memperkukuh kekuatan parti dan menambah baik prestasi pentadbiran.

“Tempoh yang ada semakin singkat, jadi kita perlu mula bekerja sekarang supaya menjelang pilihan raya nanti kita dapat tunjukkan rekod prestasi pentadbiran yang meyakinkan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, keputusan memulakan persiapan lebih awal dibuat dalam mesyuarat awal bulan ini, “dan bukan dipengaruhi faktor politik semasa mana-mana parti lain.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.