`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 23, 2026

Penjawat awam Perak dapat ‘duit raya’ RM1,500

 Bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri itu akan disalurkan pada 16 Mac, kata MB.

MB PERAK SAARANI MOHAMAD
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata, pemberian BKK Aidilfitri kepada penjawat awam babit implikasi kewangan berjumlah RM16.9 juta kepada kerajaan negeri.
PETALING JAYA:
 Penjawat awam di Perak akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500, dijangka disalurkan pada 16 Mac ini.

Menurut Menteri Besar Saarani Mohamad, pemberian itu turut melibatkan guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ), pekerja sambilan harian serta pegawai di bawah Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP).

“Pemberian BKK Aidilfitri sebanyak RM500 turut diberikan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) serta pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),” katanya, lapor Bernama.

Pemberian BKK Aidilfitri ini, katanya, membabitkan implikasi kewangan keseluruhan berjumlah RM16.9 juta kepada kerajaan negeri.

Beliau memaklumkan sedemikian pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar bersama Penjawat Awam Perak di Laman Seri Ridzuan, Ipoh, yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Mohd Zaki Mahyudin, serta barisan exco.

Dalam pada itu, Saarani berharap semua penjawat awam negeri terus mengekalkan tahap profesionalisme dan produktiviti ketika berpuasa dan tidak menjadikan Ramadan sebagai alasan menangguhkan tugas yang diamanahkan.

Beliau berkata, semangat berpuasa seharusnya menjadi pemangkin untuk bekerja dengan lebih tekun kerana mencari rezeki yang halal adalah sebahagian daripada tuntutan agama.

“Ramadan bukan alasan untuk kita mengurangkan produktiviti. Jangan jadikan lapar dan dahaga sebagai sebab fail tidak bergerak atau keputusan tertangguh.

“Tugas kita tetap amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.