`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, February 5, 2026

Polis kekal pendekatan sekatan jalan raya fizikal

Pengarah JSPT Bukit Aman Muhammed Hasbullah Ali berkata cadangan penggunaan teknologi bagi menggantikan sekatan fizikal hanya melibatkan JPJ.

ROADBLOCK
Muhammed Hasbullah Ali menjelaskan polis akan terus melaksanakan sekatan jalan raya fizikal seperti biasa untuk memastikan pematuhan undang-undang.
PETALING JAYA:
 Polis akan meneruskan pelaksanaan sekatan jalan raya fizikal seperti biasa walaupun Kementerian Pengangkutan menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan pendekatan penguatkuasaan berasaskan teknologi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Muhammed Hasbullah Ali berkata cadangan penggunaan teknologi seperti Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) adalah khusus untuk JPJ dan tidak melibatkan operasi penguatkuasaan polis.

Muhammed Hasbullah Ali
Muhammed Hasbullah Ali.

“Ini untuk JPJ sahaja.

“Bagi pihak polis, kita masih dan akan terus melaksanakan sekatan jalan raya seperti biasa kerana hala tuju dan tugas berbeza,” katanya kepada FMT.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook pada bulan lalu berkata kerajaan bercadang mengurangkan kebergantungan kepada sekatan jalan raya fizikal yang sering menyebabkan kesesakan lalu lintas, dengan beralih kepada penguatkuasaan automatik menggunakan ANPR.

Beliau berkata teknologi itu membolehkan penguatkuasaan dilakukan dengan lebih cekap melalui integrasi data, termasuk semakan cukai jalan dan perlindungan insurans, tanpa menutup lorong jalan.

Hasbullah bagaimanapun menegaskan peranan polis dalam penguatkuasaan trafik adalah berbeza, dengan sekatan jalan raya kekal sebagai antara kaedah penting bagi memastikan keselamatan jalan raya serta pematuhan undang-undang oleh pengguna. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.