`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, February 7, 2026

Polis tak benarkan himpunan bantah kuil ‘haram’ malam ini

Polis menasihatkan orang ramai tidak sertai himpunan itu dan pihak cuba cetus kekacauan serta ganggu gugat keselamatan awam akan dikenakan tindakan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata keputusan itu susulan risikan keselamatan dan maklum balas pihak terbabit, termasuk pemilik premis di sekitar kompleks beli-belah Sogo. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram di depan kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata keputusan itu dibuat susulan risikan keselamatan dan selepas mendapatkan maklum balas pihak terbabit, termasuk pemilik premis di sekitar lokasi tersebut.

“Polis menerima surat bantahan semalam daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks dan Harissons serta premis berhampiran tentang kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan yang hendak membeli-belah dalam masa itu.

“Maklumat bebas juga diperolehi tentang kemungkinan berlaku pecah keamanan dan ancaman keselamatan kepada masyarakat di lokasi perhimpunan yang dijangka dipenuhi orang ramai membeli-belah sempena sambutan perayaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak cuba mencetuskan kekacauan serta mengganggu gugat keselamatan awam di lokasi berkenaan.

“Polis akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam diutamakan.”

Fadil berkata, pihaknya menerima surat pemakluman daripada penyelaras gerakan itu Selasa lalu bagi mengadakan perhimpunan itu dengan ketua polis Dang Wangi telah berbincang penganjur kelmarin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.