Rakyat Palestin di Gaza tentunya melaksanakan tuntutan agama dalam keadaan serba penderitaan.

Ramadan sudah bermula. Rakyat Palestin di Gaza tentunya melaksanakan tuntutan agama dalam keadaan serba penderitaan, serba kesusahan. Begitu juga di Tebing Barat yang ditakluk Israel.
Derita juga dialami rakyat Palestin penganut Kristian. Memang bilangan mereka kecil tetapi hakikatnya mereka rakyat Palestine. Carian Google memberitahu “they are facing severe impacts from the current conflict, many have sheltered in church compounds and have faced displacement and casualties”. Ini bukan soal agama. Muslim atau Kristian asalkan Palestin menjadi sasaran Israel. Ini soal kemanusian. Soal genocide.
Kata kunci penjelasan tadi ialah ‘current conflict’. Sesungguhnya konflik berterusan meskipun Donald Trump mengumumkan Oktober lalu keamaman sudah dicapai. Ada gencatan senjata kononnya untuk membolehkan usaha pembangunan semula di Gaza. Realitinya gencatan senjata hanya atas kertas, sekadar untuk sedap didengar. Sejak ia diumumkan rakyat Palestin — Muslim mahupun Kristian — terus dibunuh setiap hari.
“The war of genocide against the Strip is still ongoing — through killing, displacement, siege and starvation — which has not stopped until this very moment,” kata Hazem Qassem, jurucakap Hamas menerusi kenyataan video yang dilapor Al Jazeera 17 Februari lalu.
Memang beliau orang Hamas jadi mungkin ada yang tuduh kenyataannya hanya untuk memburukkan Israel, berat sebelah dan menyebelahi Palestin tetapi saya tidak ada sebab untuk meragui apa yang dikatakan Hazem. Lihat sahaja laporan Al Jazeera. Itu buktinya kerana liputan rangkaian media antarabangsa lain sudah ‘sejuk’ kerana gencatan senjata konon sudah dicapai. Jujur saya kata ramai dalam kalangan kita di Malaysia juga sudah menyejuk.
Kata Kementerian Kesihatan di Gaza, lebih 600 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel (brokered by the US) dimulakan 10 Oktober 2025. Sekurang-kurangnya 1,600 rakyat Palestin cedera akibat bedilan dan serangan udara tentera Israel. Kesimpulannya pembunuhan rakyat Palestin berterusan sehingga ke hari ini, dilakukan setiap hari.
Menurut para doktor kematian berkaitan kanser meningkat tiga kali ganda sejak Israel lancar perang ke atas Gaza. Israel melarang atau menghalang pesakit kanser meninggalkan Gaza untuk mendapat rawatan, dan juga mengehad kemasukan ke Gaza ubat-ubatan chemotherapy. Laporan Al Jazeera siaran 9 Januari lalu amat menyayat hati. Laporan bertajuk: ‘We just sit and cry’: Gaza’s cancer patients die waiting for treatment.
Benjamin Netanyahu tidak pernah berminat keamanan wujud di Gaza walaupun mendakwa setuju dengan pelan damai Trump. Selain kezaliman berterusan di Gaza, impian Netanyahu untuk ambil alih keseluruhan Tebing Barat masih menyala. Tenteranya bergerak ke arah merealisasikan impian itu.
Semalam 80 negara di PBB mengecam tindakan Israel mengetatkan kawalan di occupied West Bank namun kutukan global ke atas Israel does little to stop Israel’s anti-Palestinian policies. Semalam juga ada laporan menyebut Israel sedang meningkatkan serangan dan merampas lebih banyak tanah di seluruh Tebing Barat.
Kata Hamas, Board of Peace anjuran Trump mesti memastikan Israel mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui Oktober lalu. Kesatuan Afrika pula pada 14 Februari lalu menegaskan pemusnahan Palestin mesti dihentikan segera. “In the Middle East, Palestine and the suffering of its people also challenge our consciences. The extermination of this people muat stop,” kata Pengerusi African Union Commission, Mahmoud Ali Youssouf.
Dalam pada itu ucapan Setiausaha Negara AS Marco Rubio di Munich Security Conference juga pada 14 Februari lalu menarik perhatian saya. Rubio menuduh PBB bila berdepan dengan isu besar tidak punya apa-apa jawapan lantas tidak main peranan penyelesaian.
“It could not solve the war in Gaza. Instead it was American leadership that freed captives from barbarians and brought about a fragile truce”. Istilah ‘barbarians’ kita tahu merujuk kepada musuh Israel. Dengan menggunakan istilah itu Rubio sekadar membuktikan kepada dunia apa yang dunia sudah tahu bahawa betapa AS sayang Israel.
Rubio mengakui apa yang dicapai American leadership (baca: Trump) ialah satu fragile truce. Oleh itu AS bertanggungjawab memastikan Israel patuh apa yang sudah dipersetujui dan pastikan juga fragile jadi a strong and tough truce.
Apabila menyalahkan PBB kerana not playing a role in resolving conflicts, mustahil Rubio lupa setiap langkah ke hadapan yang mahu diambil PBB dan puluhan anggotanya berhubung Gaza dihalang oleh kuasa veto AS.
Lalu hari ini kita disaji tajuk berita seperti ini: “Gaza welcomes Ramadan amid fragile ‘ceasefire’ and fears of renewed war”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.