Saya rasa PAS tahu mereka sudah tersalah langkah. PAS dilihat menentang apa yang majoriti rakyat mahu.

Jujur saya terkejut apabila rang undang-undang had tempoh jawatan perdana menteri tersekat kerana gagal terima sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat, Rabu lalu. RUU itu sebahagian agenda reformasi maka baik untuk demokrasi dan negara. Lalu saya jangka semua Ahli Parlimen boleh ketepikan political differences dan lupakan buat seketika political divide demi negara.
Obviously I was wrong.
Sekurang-kurangnya Rafizi Ramli dan kawan-kawan tidak terbawa-bawa dengan pergeseran dan perbalahan dengan PMX lantas menyokong RUU berkenaan. Sebenarnya semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan menyokong. Kalau mereka kata they have the country at heart memang susah nak sangkal on this one.
Namun ada saya baca satu komen di media sosial, lebih kurang bunyinya: “Mengapa nak pembangkang sokong? Kenapa tak dapat sokongan semua kawan-kawan kamu? Kata hebat sangat”. Tidak tahu siapa gerangan, mungkin seorang ahli parti pembangkang atau hanya pro pembangkang.
Timbalan Speaker Alice Lau menulis di Facebook bahawa lapan Ahli Parlimen blok kerajaan tidak hadir. Termasuk dua bekas menteri iaitu Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein daripada Umno dan Ahli Parlimen Tapah M Saravanan daripada MIC. Mungkin mereka ada alasan kukuh untuk tidak hadir di Parlimen pada hari paling penting, tetapi bukanlah rahsia kedua-dua are not big fans of the government. Realitinya parti mereka sahaja yang berada dalam kerajaan perpaduan, bukan mereka. Maksud saya mereka tidak pegang jawatan dan tidak duduk dalam Jemaah Menteri.
Apa pun ini menunjukkan ada sokongan tidak sepenuh hati dalam kerajaan. Tidak ada solidarity. Saya tidak ada niat ulas mengenai orang lain yang tidak hadir. Masing-masing ada sebab dan alasan.
Now the opposition. Bagi saya mereka mahu gagalkan, malukan dan kecewakan kerajaan at the slightest opportunity dan RUU ini peluang keemasan untuk berbuat demikian. Ya, mereka berjaya mengecewakan Anwar dan kerajaan pimpinannya. “Satu tamparan buat PM,” kata seorang kawan yang penyokong tegar PMX.
Tetapi by not supporting the bill, PAS dan Bersatu dan juga golongan yang disingkir parti itu membuktikan kepada negara mereka sememangnya mahu seseorang perdana menteri memegang jawatan lama-lama. Seumur hidup pun OK, itu gambarannya pada saya.
Apa tidaknya kerana RUU yang dicadang kerajaan mahu mengehadkan tempoh jawatan perdana mnteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal. Tak sokong bererti tidak setuju tempoh jawatan perdana menteri dihadkan.
Di platform media sosial ada banyak komen yang tuduh pembangkang takut jika orangnya jadi perdana menteri akan duduk dalam jawatan sekejap sahaja. Kata seorang kawan lama: “Aku rasa opposition MPs especially PAS ingat the next GE dia orang menang dan Samsuri jadi PM. So kalau dia sokong RUU ini their PM cuma dapat dua penggal je. Rugilah sebab dia orang nak jadi macam Mahathir.”
Samsuri yang dimaksudkan ialah Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar yang baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional. Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat pegang jawatan itu selama dua puluh tahun.
Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan (setiausaha agung PAS) dan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin (yang dipecat Bersatu) ketika berucap di Parlimen mendakwa RUU itu menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Pelbagai pihak termasuk Bersih menolak dakwaan itu berdasarkan fakta dan peruntukan Perlembagaan.
Bagi saya, kesimpulannya Agong selama ini tidak pernah menentukan tempoh seseorang memegang jawatan perdana menteri. Agong beri perkenan dan melantik perdana menteri. Kuasa itu masih milik Agong jika RUU diluluskan Parlimen. Jadi dakwaan konon kuasa Agong terjejas sememangnya pelik.
Rata-rata civil society dan rakyat mahu tempoh jawatan perdana menteri dihadkan. Mengizinkan seseorang pegang jawatan PM terlalu lama bererti orang itu bebas menentukan sendiri berapa lama dia mahu jadi perdana menteri, which can lead to all sorts of irregularities. Ini tidak bagus untuk demokrasi dan negara. RUU yang dibentangkan itu mahu menambah baik sistem negara ini.
Saya rasa PAS tahu mereka sudah tersalah langkah. Its has backfired. PAS dilihat menentang apa yang majoriti rakyat mahu lantas Ahmad Fadhli Shaari si ketua penerangan lakukan damage control. Menurut Malaysiakini, beliau cuba ‘mengendurkan’ kegembiraan sayap pemuda partinya berikutan gagalnya RUU melepasi undian di Parlimen. Ertinya Pemuda PAS meraikan kegagalan berkenaan.
Fadhli memberikan sisi pandang berbeza bagi menjelaskan mengapa partinya tidak sokong RUU itu. Kata beliau kerajaan sepatutnya tidak terburu-buru membentangkannya, sebaliknya dia (baca: PAS) mahu kerajaan berbincang terlebih dahulu sebelum pembentangan.
RUU berkenaan telah dua kali dibentang untuk bacaan di Parlimen. Bukankah Takiyuddin dan Hamzah sudah membahaskan dalam Parlimen? Di luar Parlimen juga cadangan itu sudah lama diperkatakan pelbagai pihak. Awal tahun ini Agong sendiri bertitah baginda mengalu-alukan usaha mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri. Pada hari pertama RUU dibentang, pemegang taruh termasuk wakil rakyat diberi taklimat, dengan ruang dibuka kepada perbincangan dan pertukaran pandangan.
Sebaik sahaja RUU itu tidak mendapat sokongan 2/3 di Parlimen, Fadhli buat hebahan, “Ini kali pertama satu rang undang-undang di bawah kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah gagal”. Ada nada puas hati dan gembira dalam kata-kata itu. Imbau kembali Januari lalu. Semasa RUU Urban Renew Act ditarik balik untuk tambah baik, PAS, Hamzah dan rakan-rakan menyifatkannya sebagai ‘kejayaan pembangkang’.
Kata kawan Fadhil dari Bersatu, yakni Mas Ermieyati Samsuddin semasa menyambut baik gagalnya RUU had tempoh jawatan PM, buka puasa petang ini senang hati — bertambah manis.
Ahli Parlimen bebas bagi Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tidak mengundi semasa belah bahagi dijalankan. Katanya, “Saya mahu Anwar Ibrahim berkhidmat kepada rakyat selama lebih dua penggal. Beliau bagus. Jika seorang yang bagus biar dia berkhidmat lebih lama. Sepuluh tahun terlalu singkat.”
Kalau berdasarkan itu, jika Anwar decide nak terus jadi perdana menteri selama bila yang beliau mahu, bukan sahaja buka puasa, hari raya Mas Ermieyati pun tak akan manis. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.