Awang Hashim berkata Hamzah Zainudin masih belum maklum termasuk menyertai PN sama ada dengan parti baharu atau sebaliknya.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Awang Hashim berkata tidak timbul isu PAS akan mencampuri sebarang urusan bekas timbalan presiden Bersatu yang dipecat 13 Feb lalu.
“PAS tak campur tangan dalam masalah Bersatu dan ahlinya yang dipecat.
“Buat masa ini Hamzah dan kumpulannya belum lagi memohon untuk menyertai PN, kalau ada permohonan kita bincang macam mana,” katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Pendang itu berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan parti baharu pimpinan Hamzah termasuk dalam gabungan PN.
Hamzah mengesahkan ada perbincangan untuk beliau mengambil alih parti terbabit namun belum muktamad.
Hamzah dipecat daripada Bersatu ketika kemuncak pertelingkahan kepimpinan dengan Presiden Muhyiddin Yassin yang digelarn Ahli Parlimen Larut terbabit sebagai musuh nombor satu.
Muhyiddin dalam temu bual dengan beberapa media kelmarin menegaskan beliau akan menolak jika bekas timbalannya itu mahu menyertai PN menerusi parti baharu. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.