Bekas perdana menteri itu turut nafi parti dikatakan akan diketuai Hamzah Zainudin itu mempunyai kaitan dengan Yayasan Keluarga Malaysia.

Beliau turut menafikan parti yang dikatakan akan diterajui bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin itu mempunyai kaitan dengan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) diketuainya.
Ismail Sabri menjelaskan sedemikian kerana bimbang penggunaan nama itu akan mengelirukan orang ramai serta penyumbang yang menyokong usaha YKM menjaga anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.
“Kita bimbang orang ingat ‘scammer’ kerana menggunakan nama sama,” katanya ketika ditemui selepas sebuah majlis berbuka puasa.
“Kita tunggulah jawapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sama ada nama itu telah didaftarkan atau tidak.”
Dilaporkan hari ini bahawa Hamzah yang dipecat Bersatu pada 13 Feb lepas dijangka memimpin Parti Keluarga Malaysia.
Perkara itu disahkan pengasasnya Khairi Jaya, yang berkata sehingga kini, usaha membuka laluan bagi ketua pembangkang itu memimpin parti sudah hampir pasti.
Terdahulu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mengesahkan wujudnya perbincangan mengenai kemungkinan mengambil alih parti tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya, perkara tersebut masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga akan berjumpa dengan MyIPO untuk membincangkan isu berkenaan.
“Nama Keluarga Malaysia ini memang telah lama kita gunakan sewaktu pentadbiran dan ada Yayasan Keluarga Malaysia,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.