Dalam operasi bersama MDA di Puchong itu, kira-kira 4 tan sarung tangan getah dan alat penimbang disita.

Dalam operasi bersepadu itu, Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan LGM bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
LGM berkata, premis terbabit dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan tanpa memiliki Permit PST-G seperti ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014.
Katanya, perbuatan membeli, menyimpan dan menjual sarung tangan getah ditolak serta sarung tangan getah sekerap tanpa permit adalah kesalahan mengikut Peraturan 22(1)(b).
“Hasil operasi, kira-kira 4 tan sarung tangan getah dalam guni serta sebuah alat penimbang disita.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM20,000,” katanya dalam kenyataan.
Menurut LGM, jika disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
LGM berkata, pihaknya terus mempergiat aktiviti kawal selia industri sarung tangan getah termasuk aspek kualiti, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport terbesar sarung tangan getah dunia.
Katanya, kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain juga akan diteruskan bagi membanteras pelanggaran peraturan dalam industri getah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan pelesenan dan penguatkuasaan industri getah boleh menyalurkannya kepada LGM melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) agensi itu. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.