`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 1, 2026

Tak pernah takut, PAS letak calon lawan DAP di Jementah, kata Dr Sam

 Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menjawab Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang mendakwa PAS jadikan BN sebagai 'proksi’ pada PRN Johor.

SAMSURI MOKHTAR
Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui cabaran besar didepani apabila masuk bertanding di kawasan majoriti besar dalam kalangan bukan Melayu.
MUAR:
PAS tidak pernah takut bersemuka DAP pada PRN Johor selepas mengambil kira ‘perkiraan bagi memberi tentangan sewajarnya’, kata Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang mengatakan PAS takut berdepan DAP pada PRN itu, Ahmad Samsuri menjawab, parti itu meletakkan calon di DUN Jementah yang menjadi kerusi disandang DAP.

“Tak timbul pun PAS takut, kita telah membuat analisa kenapa kita bertanding dan kenapa kita tak bertanding. Kita letak (calon) di tempat yang pada perkiraan boleh memberi satu tentangan sewajarnya.

“…kita tahu ada cabaran yang besar bila kita masuk bertanding di kawasan majoriti yang besar di kalangan bukan Melayu, jadi tentulah perkiraannya adalah perkiraan kebolehmenangan dan dari segi calon.

“Jadi, saya rasa itu pada anggapan beliau, kita ada kekuatan tersendiri,” katanya ditemui ketika membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Maharani, Anuar Hayan.

Dilaporkan, Loke mendakwa PAS sebaliknya memilih bergantung kepada ‘proksi’, Barisan Nasional (BN) daripada menempatkan calon berdepan DAP.

Katanya, keputusan parti itu tidak meletakkan calon di kawasan ditandingi DAP menjadi sebahagian daripada strategi menyatukan undi bagi calon BN, terutamanya daripada MCA.

Untuk rekod, PAS meletakkan calon mewakili PN di Jementah yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calonnya, Saifullah Abdul Wahab, See Ann Giap (BN), dan penyandang, Ng Kor Sim (PH).

Pada PRN lalu, Ng menang dengan majoriti 714 undi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.