Polis Johor berkata kejadian berpunca akibat selisihan faham di jalan raya libatkan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, kejadian berlaku pada Ahad dan semua suspek berusia 25 hingga 46 tahun ditahan antara 12.15 malam hingga 1.45 pagi hari yang sama.
“Hasil siasatan awal, punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham di jalan raya melibatkan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing menggunakan senjata.
“Suspek warga asing kemudiannya membuat provokasi terhadap anggota polis trafik BSI yang cuba menenangkan lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.
Azrul berkata, polis turut merampas topi keledar dan sebilah pisau daripada suspek.
Katanya, semakan rekod lampau mendapati dua suspek memiliki 16 rekod jenayah dan dadah.
Tambahnya, semua suspek direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.
Terdahulu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Singapura membuat provokasi terhadap dua anggota polis trafik di tepi jalan berhampiran BSI. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.