`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Saturday, August 29, 2026

‘Belum jumpa tanda mereka’, isteri Loe terus kuatkan diri

 Hani Othman berkata proses pengecaman mayat setakat ini tidak menemukan tanda suaminya, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau anggota kumpulan yang masih hilang di Nepal.

Hani Othman tiba di Kathmandu ditemani dua rakan, bagi mendapatkan sendiri perkembangan mengenai operasi mencari suaminya yang gagal dihubungi selepas bencana melanda Nepal. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Isteri pegawai bomba yang masih hilang susulan bencana di Nepal terus menguatkan diri menjalani proses pengecaman mayat selepas setakat ini tidak menemukan sebarang tanda suaminya atau anggota kumpulan mereka.

Hani Othman, isteri Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai Loe, berkongsi perkembangan itu menerusi Facebook Story selepas pergi ke hospital bagi membantu usaha mengenal pasti mangsa yang ditemukan.

“Setakat ni pengecaman mayat, tak jumpa tanda-tanda mereka,” katanya yang dalam hantaran sebelumnya berharap suaminya dan anggota kumpulannya selamat.

“Saya harap tidak jumpa salah seorang daripada mereka di sini (pengecaman mayat di hospital),” ujar Hani.

Hani bagaimanapun mengakui berdepan pengalaman cukup memilukan apabila perlu melihat keadaan mayat yang ditemukan, termasuk ada yang tidak sempurna serta membabitkan kanak-kanak.

Beliau berkata kemungkinan lebih banyak mayat akan ditemukan dari semasa ke semasa menyebabkan dirinya perlu membiasakan diri dengan proses pengecaman itu demi meneruskan pencarian suami dan anggota kumpulannya.

Hani sebelum ini dilaporkan berlepas ke Kathmandu bagi mendapatkan sendiri perkembangan mengenai operasi mencari suaminya yang gagal dihubungi selepas bencana melanda Nepal.

Beliau mengambil keputusan ke negara itu atas inisiatif sendiri kerana mahu berada lebih dekat dengan usaha pencarian, selain tidak mahu hanya menunggu perkembangan dari Malaysia.

Rakan dan kenalan Loe di Nepal turut membantu usaha pencarian, manakala kehadiran Hani di negara itu dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu.

Mohd Fakhrul Munir adalah antara rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi selepas banjir kilat melanda Nepal, dengan usaha mengesan kumpulan itu masih diteruskan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.