`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 20, 2018

Bukan polis Sentul di rumah Najib

Polis Sentul juga tidak menerima laporan polis daripada bekas perdana menteri itu.
Orang ramai mengunjungi rumah Najib dipercayai untuk beraya dengan keluarga bekas perdana menteri itu.
KUALA LUMPUR: Polis Sentul berkata bukan pihaknya yang mengunjungi kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta hari ini.
Ketua Polis Sentul, ACP R Munusamy dihubungi FMT selepas media melaporkan beberapa anggota polis dilihat berada di sekitar kediaman Najib.
“Saya juga menafikan ada menerima laporan oleh Najib berkenaan apa-apa setakat ini,” katanya.
Setakat 3.30 petang tadi, kelihatan kira-kira 20 orang berbaju kurung dan baju Melayu memasuki kediaman Najib.
Sementara itu, Bukit Aman belum sedia mengesahkan sama ada Najib sudah diambil keterangan berhubung barangan yang dirampas dari hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri.
“Saya tidak boleh keluar kenyataan lagi buat masa ini,” kata Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman (Amla), Datuk Khalil Azlan Chik kepada FMT.
Terdahulu, media melaporkan polis memanggil dan mengambil keterangan Najib berhubung barangan yang dirampas dalam siasatan ke atas 1MDB.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata masih ada banyak lagi perkara yang perlu disiasat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.