`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 13, 2018

‘Jika iktiraf UEC, rakyat tidak akan hormat dasar pendidikan’

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pengiktirafan UEC oleh kerajaan PH sebagai ejen pemusnah rakyat dan perlu ditentang selagi ia tidak mematuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Ismail Sabri Yaakob mendakwa beberapa parti Cina menggunakan isu pengiktirafan UEC dalam usaha menekan kerajaan PH dan menghakis keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera secara perlahan-lahan.
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bimbang pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) akan membuka ruang kepada pendidikan lain membelakangkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya menyebabkan rakyat tidak menghormati dasar itu.
“Semua pihak tahu pengiktirafan UEC ini membelakangkan dasar negara serta meremehkan sekolah aliran kebangsaan.
“Sedangkan kerajaan sepatutnya menumpukan usaha ke arah perpaduan nasional, bukannya menjerumuskan rakyat berbilang kaum ke dalam segmentasi pendidikan seperti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kelmarin, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, kerajaan akan tetap meneruskan rancangan mengiktiraf UEC sejajar manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan membuat pusingan U atau “flip-flop” dalam perkara itu dan PH tidak mempunyai percanggahan, walaupun dibantah pelbagai pihak.
Ismail Sabri menyifatkan pengiktirafan UEC oleh kerajaan PH sebagai ejen pemusnah rakyat dan perlu ditentang selagi ia tidak mematuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Ini kerana, katanya, UEC menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan tidak mengikuti sukatan pelajaran ditetapkan Kementerian Pendidikan.
“Penggunaan sepenuhnya bahasa Mandarin dalam UEC jelas membelakangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Bekas menteri itu mendakwa beberapa parti Cina menggunakan isu pengiktirafan UEC dalam usaha menekan kerajaan PH dan menghakis keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera secara perlahan-lahan.
“Ini bukannya soal politik Umno, tetapi kerajaan berjaya menjadikannya modal politik pada pilihan raya umum lalu.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.