`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 10, 2018

Kahwin bawah umur: kanak-kanak 11 tahun tidak akan didakwa

Mahkamah Syariah Kelantan tidak mendakwa kanak-kanak berkenaaan kerana dia warga Thailand.
Suami kanak-kanak tersebut didenda RM1,800 oleh Mahkamah Syariah Kelantan selepas didakwa berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Mahkamah Syariah Kelantan tidak akan mendakwa kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun sebagai isteri ke-3.
Timbalan Pendakwa Syarie Negeri Kelantan, Nor Azizi Abdul Rahman dipetik Harian Metro sebagai berkata, pihaknya membuat keputusan untuk tidak mendakwa kanak-kanak tersebut kerana dia warga Thailand.
“Dalam kes ini, pihak kami tidak akan mendakwa isteri kepada lelaki tempatan itu kerana dia adalah rakyat Thailand.
“Manakala suaminya sudah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang hari ini (semalam) dan dikenakan denda RM1,800,” katanya memetik akhbar berkenaan.
Semalam, Che Mohd Karim Che Hamid didenda sebanyak RM1,800 kerana berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.
Dia dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara 2 bulan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.
Bagi tuduhan ke-2 pula, dia didakwa berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900.
Dia bagaimanapun membayar denda yang dikenakan terhadapnya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.