`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 9, 2018

Kebakaran: 50 rumah atas air musnah di Lahad Datu

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Darren John berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.06 pagi dan 3 jentera dengan 16 anggota serta pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
Operasi pemadaman bermula pukul 1.16 pagi dan api dapat dikawal sejam kemudian menggunakan sumber air sungai berdekatan. (Gambar Twitter)
LAHAD DATU: Kira-kira 50 rumah yang dibina di atas air musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Sharip Hujung dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Darren John berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.06 pagi dan 3 jentera dengan 16 anggota serta pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
“Operasi pemadaman bermula pukul 1.16 pagi dan api dapat dikawal sejam kemudian menggunakan sumber air sungai berdekatan dan sehingga ini kerja pemadaman masih dilaksanakan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarelawan Zon Silam,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Sementara itu, seorang mangsa kebakaran Alawaddin Unding, 64, berkata ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh anaknya berlaku kebakaran.
“Saya sempat meminta anak-anak membawa keluar barang atau dokumen penting dari rumah dan mujur dokumen pengenalan diri dapat diselamatkan,”katanya.
Bagi Hamlia Amir, 61, bunyi bising di luar rumah mengejutkannya dari tidur sebelum memeriksa keadaan yang berlaku.
“Saya dengar mereka cakap asap-asap berulang kali dan saya periksa rumah jiran di belakang rumah terbakar. Tiada barang yang sempat diselamatkan, saya berlari keluar sehelai sepinggang serta dokumen penting sahaja,”katanya.
Sementara itu, Munika Tahir, 70, berkata ketukan pintu rumahnya yang bertalu-talu disangkakan terdapat pemeriksaan pihak keselamatan, tetapi perkara sebaliknya berlaku.
“Syukur ada yang mengetuk pintu kerana apabila saya keluar, saya melihat asap dan api,” katanya hanya sempat menyelamatkan peti televisyen yang baru dibeli. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.