`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 9, 2018

Suami kanak-kanak 11 tahun didakwa poligami tanpa kebenaran

Che Mohd Karim Che Hamid didenda sebanyak RM1,800 iaitu RM900 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku bersalah.
Che Mohd Karim membayar denda yang dikenakan terhadapnya.
PETALING JAYA: Lelaki yang berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ke-3, didakwa berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang.
Harian Metro melaporkan Che Mohd Karim Che Hamid, 41, didenda sebanyak RM1,800 iaitu RM900 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku bersalah.
Dia dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara 2 bulan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.
Bagi tuduhan ke-2 pula, dia didakwa berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900.
Dia membayar denda yang dikenakan terhadapnya.
Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berasal dari Thailand tersebar di media sosial selepas dikongsikan isteri ke-2 lelaki terbabit.
Che Mohd Karim berkata dia memberi kerjasama penuh kepada semua pihak yang menjalankan siasatan berhubung pernikahannya itu dan sedia menerima hukuman jika bersalah.
Dia bagaimanapun berkata tetap tidak akan berpisah dengan isterinya itu dan bersedia menunggu 5 tahun lagi sehingga isterinya mencapai 16 tahun untuk tinggal bersama. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.