`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 16, 2018

Buang Saja Osman Sapian

Image result for osman sapian

JIKA  SINGAPURA  PUN  BOLEH  DIJUAL, INIKAN  PULA  PULAU  KUKUP?

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 15/12/18
( 1 -  38 )


1.   Sejarah  Kesultanan Johor berubah apabila Sultan Mahmood mati ditikam oleh Megat Seri Rama, Laksamana Bentan.

2.  Peristiwa itu berlaku ekoran kezaliman Sultan membunuh Dang Anum, isteri Megat Seri Rama yang sedang hamil.

3.  Makam 'Sultan Mahmood Mangkat Di Julang' itu kini terletak di atas sebuah bukit di bandar Kota Tinggi, Johor.

4.  Oleh kerana beliau tidak mempunyai waris atau zuriat, orang kampung di situ telah memilih seorang dari mereka yang kebetulan berdarah Bugis bergelar Temenggong sebagai ketua mereka yang baru dan akhirnya telah menggunakan gelaran Raja.

5.  Inilah tipu helah pertama sehingga rakyat biasa yang pernah memegang jawatan Temenggong dipilih sebagai Raja atau Sultan sehinggalah ke hari ini.

7.   Dalam tahun 1819 Sultan Hussein Mua’zzam Shah diangkat sebagai Sultan Johor yang baru.

8.   Bagi mendapatkan sokongan dan pengiktirafan British, Raja Hussein telah menjual Pulau Singapura kepunyaan Johor itu kepada mereka.

9.  Peristiwa hitam ini tercatit dalam sejarah Johor dan Negara.

10.  Jika ada mana - mana pihak yang menganjurkan  rakyat atau 'Bangsa' Johor mengkaji sejarah Johor, maka peristiwa ini tidak boleh diketepikan.

11.  Pesanan akhir Megat Seri Rama 'RAJA  ADIL  RAJA  DI SEMBAH , RAJA ZALIM  RAJA  DISANGGAH'  harus dijadikan pengajaran.

12.  Tindakan - tindakan li-r dan b-as  Sultan Mahmmod Iskandar, bapa kepada Sultan Johor sekarang dengan menc--era, menzalimi malah mem---uh rakyat 
sesuka hati itulah yang  menyebabkan Tun Dr. Mahathir bertindak.

13.  Kini Sultan Johor, anaknya dan beberapa Sultan yang lain cuba menutup pekong yang mereka lakukan dengan alasan Kerajaan PH hari ini akan menghapuskan Institusi Raja.

14.  Menegur dan menasihatkan supaya  Raja - Raja menghormati pemimpin dan rakyat dan  menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang dan Agama Islam tidak bermakna Kerajaan hendak menghapuskan Institusi Raja.

15.  Jika sekiranya Raja - Raja menggangap diri mereka  'perfect' atau 'maksum' yang tak boleh di nasihat dan ditegur, maka inilah bermulanya kehancuran Institusi Raja itu sendiri.

16.  Sekali lagi saya anjurkan agar Majlis Raja - Raja yang bersidang setiap tahun membincangankan peranan dan tanggungjawab dan tingkah laku mereka sendiri.

17.  Rakyat hari ini sedang memerahati segala tingkah laku Raja DAN keluarga mereka.

18.  Penolakan rakyat kepada UMNO / BN terutamanya di Johor baru - baru ini adalah lampu isyarat kepada Sultan dan anaknya itu.

19.  Jika itu pun mereka tak faham atau buat - buat tak faham maka ini membawa makna rakyat atau bangsa Johor mempunyai Sultan dan bakal Sultan yang tak berapa cerdik atau ALLAH SWT telah menutup mata dan hati mereka.

20.  Baru - baru ini negara dikejutkan dengan pemindahan Taman Negara Pulau Kukup dari Hak Milik Kerajaan ke Tanah Kesultanan atau Sultanate Land.

21.  Mengikut undang - undang seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin,  bekas Menteri Besar yang bertanggungjawab mewartakan Pulau itu, apabila Hak Milik bertukar tangan maka Sultan boleh berbuat apa sahaja aktiviti dan mengenakan berbagai syarat atau akhirnya boleh menjual Pulau tersebut kepada pelabur Singapura atau China seperti yang pernah dilakukan oleh keturunan beliau apabila menjual Pulau Singapura, hak asal Johor kepada British dahulu. Lihat saja kepada projek raksasa Forest City, berapa ramai anak tempatan yang mampu membelinya.

22.  Mengikut Enakmen status Pulau Kukup sebagai Taman Negara gugur apabila ia diwartakan sebagai Tanah Kesultanan atau Sultanate Land; ini bercanggah dengan jaminan Sultan Johor sendiri apabila beliau mengatakan status Pulau itu dikekalkan walaupun berpindah milik.

23.  Begitu juga alasan yang diberi oleh anaknya bahawa tujuan memindahkan Hak Milik Pulau tersebut bagi memelihara dan  melindungi kedaulatan tanah berkenaan.

24.  Jika itulah alasannya,  bukankah baik diserahkan sahaja keseluruhan tanah Johor menjadi Sultanate Land?

25.  Perkara ini telah saya bangkitkan dalam tulisan saya baru - baru ini bertajuk  "ROMPAKAN DI SIANG  HARI, SERAHKAN SAHAJA  SETIAP  INCI TANAH  KEPADA  SULTAN".

26.  Apakah tujuan dan muslihat sebenar Sultan dan anakya MEMAKSA Kerajaan Negeri MEMINDAHKAN Hak Milik dari Negeri kepada mereka?

27.   Ada laporan yang menyatakan  Pulau tersebut kaya dengan emas dan lain hasil maksul bumi.

28.   Dalam perkara Pulau Kukup ini terbukti bukan sahaja Menteri Besar, EXCO, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Pengarah Tanah dan Galian dan Pegawai Undang - Undang takut kepada Sultan dan anaknya malah mereka boleh dianggap BERSEKONGKOL dengan dua orang itu.

29.  Walaupun sudah Pindah Milik dan dibatalkan Warta tersebut namun jika mereka yang diamanahkan rakyat masih sayangkan Negeri dan rakyat Johor, maka Kerajaan Negeri melalui MB dan EXCOnya dan Dewan MASIH  BOLEH MEMBATALKAN kelulusan awal itu.

30.  Yang membuang Kerajaan Negeri UMNO / BN ialah  rakyat, dan yang memberi peluang Osman Sapian sebagai Menteri Besar, barisan EXCO dan ADUN yang lain ialah rakyat Johor juga.

31.  Jangan jadi sepert "Kacang Lupakan Kulit", "Dah Menyeberang Tongkat Mahu Dibuang".

32.  MB dan EXCO berkhidmat untuk kepentingan negeri dan rakyat BUKAN  nak bertindak apa sahaja kehendak Istana.

33.  Perlu diingatkan sekali lagi kepada Osman Sapian, EXCO dan ADUN dan Pegawai - Pegawai Kerajaan, Sultan BUKAN  Tuhan atau Malaikat atau keturunan Dewa - Dewa dan Jin yang kita perlu takuti.

34.  Sultan dan anaknya juga TERTAKLUK kepada Perlembagaan dan Undang - Undang.

35.  Jika sekiranya tidak ada tindakan membatalkan kelulusan tersebut dalam masa terdekat ini maka adalah lebih baik GANTIKAN SAHAJA beliau kepada sesiapa yang benar - benar berjiwa rakyat - atau rakyat  buangkan sahaja Kerajaan Negeri ini yang sudah seperti kacang lupakan kulit.


36.  Jika Sultan berjiwa besar dan mengamalkan sikap Mahmudiah dan sayangkan Negeri dan 'Bangsa' Johor PULANGKAN saja Pulau Kukup itu kepada Kerajaan Negeri TANPA  MEMINTA sebarang pampasan dan gantian dengan tanah yang lain.


37.  Harta kekayaan Sultan Johor dan keluarganya yang dianugerah ALLAH SWT jika dikumpulkan ia mungkin lebih tinggi dari Bukit Layang - Layang.

38.   Semoga pandangan saya ini dapat berkongsi bersama oleh Sultan, MB, EXCO dan lain - lain.

Terima Kasih.


My comments :  

Google says about early democracies :

1.  Another claim for early democratic institutions comes from the independent "republics" of India, sanghas and ganas, which existed as early as the 6th century B.C. and persisted in some areas until the 4th century. 

Diodorus—a Greek historian who wrote two centuries after the time of Alexander the Great's invasion of India—mentions, without offering any detail, that independent and democratic states existed in India.[12] Modern scholars note the word democracy at the time of the 3rd century B.C. and later suffered from degradation and could mean any autonomous state, no matter how oligarchic in nature.[13][14]

The Mahajanapadas were the sixteen most powerful and vast kingdoms and republics of the era, there were also a number of smaller kingdoms stretching the length and breadth of Ancient India. Among the Mahajanapadas and smaller states, the Shakyas, Koliyas, Mallas, and Licchavis followed republican government.

Key characteristics of the gana seem to include a monarch, usually known by the name raja, and a deliberative assembly. The assembly met regularly. It discussed all major state decisions. At least in some states, attendance was open to all free men. This body also had full financial, administrative, and judicial authority. 

Elected by the gana, the monarch . .  coordinated his activities with the assembly; in some states, he did so with a council of other nobles"



2.  "The Isle of Man is an independent nation, often wrongly considered part of the UK. It is not and never has been. It has a very good claim to being the world's oldest democracy, with the oldest continuously existing parliament in the world dating from AD 979"




Western democracy is attributed to Greece (as per historical records - and you will not "go to hell" if the Greek records are incomplete, kurang sahih etc.)  

Whatever its origins, modern democracy was re-established in Europe through blood and tears.   
  • There is a Polish democratic system dating  to the early 1500s.  
  • The Mayflower Compact of 1620 was actually the first 'document' establishing democracy in North America.
  • The British Parliament enacted the Bill of Rights in 1689. 

Without a doubt modern western democracy has withstood the test of time (about five centuries) and has generated the greatest amount of wealth and happiness our present world has yet known.

The point to note about modern western democracy is that it has always evolved forward and progressed - until it has reached its present  height. And still evolving. 

The entire concept of modern western democracy is premised on one thing and one thing only - FREEDOM.  FREEDOM is the one and only solution to all of mankinds'  problems and the elixir for all of human wants and needs. 

Without FREEDOM the SATANS take over.  

(Sudden twist isnt it? From democracy to satan!! Well this is outsyed the box.)

I would like to simplify this further - either you are FREE or you are SATANIC.  

For those of you who are imagining 'Hollywood satan' with two horns and a spiked tail, here is some etymology about the word 'satan'. 

In the early Hebrew the word satan  "is derived from a verb meaning primarily "to obstruct, oppose""

The opposite of freedom is of course to obstruct or oppose it. This is therefore SATANIC too.

No western democracy has gone BACKWARD towards monarchism or feudalism. The western democracies DO NOT hand over their lands back to the King.

In the UK the British monarchs lost their rights over what was known as "crown land".

"Crown land also known as royal domain or demesne, is a territorial area belonging to the monarch, who personifies the Crown.  Today, in Commonwealth realms such as Canada and Australia, crown land is considered public land.. 

In Britain, the hereditary revenues of Crown lands provided income for the monarch until the start of the reign of George III, when the profits from the Crown Estate were surrendered to the Parliament of Great Britain . . "

I have said this before. There is no force on earth (or in the heavens - I have some inside information) that can change the course of an idea when its time has come.

Tamrin Tun Ghafar's article above  is not a lone voice shouting in the dark. His views are shared by  many Malays.  However the Malay culture is 'polite'.  They do not like to rock the boat - even when the boat is on very safe and solid dry land. It is the Malays who must decide.  

Democracy has perhaps not functioned well in Johor.  

The Malays must seriously think about amending the Federal Constitution now. 

First the Malays must urgently get into the 20th century.  
Then after that they can ponder the 21st century.  
Terengganu has just entered the 11th century. 

82 years from now it will be the 22nd century. 
In which century will the Malays be then? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.