`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 31, 2018

Sambal nasi lemak Air Asia menjijikkan kata Chef Wan

SELEBRITI masakan terkenal Chef Wan kali ini nampaknya marah betul dan menyifatkan sambal nasi lemak yang disediakan di Air Asia Premium Lounge menjijikkan.

Chef Wan meluahkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Chef Wan tunjuk fuck


Difahamkan salah seorang kawan yang mengikuti penerbangan bercuti ke Bangkok mengirim rakaman video sambal tumis untuk nasi lemak yang disediakan di Air Asia Premium Lounge. Kawannya itu merasa jijik dengan sambal berkenaan.


Chef Wan bersetuju dengan pendapat itu.

"Saya juga, kalau saya ketua Chef di sana, saya dah tendang bontot tukang masak tu demi kebaikan dan jangan masuk dapur saya lagi," tulisnya.

"Inilah yang selalunya tukang tukang masak yang tak ada hati bekerja, pemalas nak belajar menyediakan sambal tumis dengan baik dan betul dan akhirnya ramai pelanggan tak puas hati dan mengadu, untuk mana-mana perniagaan di luar sana, betul-betul menjijikkan," 

Chef Wan Sambal Nasi Lemak Air Asia

"Jika ikut hati saya yang sakit dan garang jika tak kena harinya, trust me that cook might need to wear this sambal aja on him,"

"Perhaps dah kena siram atas kepala tu baru mereka boleh belajar dan membuka biji mata itu sedikit," tulisnya.

Katanya, kualiti sambal berkenaan merupakan satu penghinaan kepada profesion tukang masak, masakan Melayu, dan warisan Nasi Lemak itu sendiri serta mencemarkan imej makanan Malaysia di mata dunia.

"Di manakah letak otak-otak tukang masak yang hasilkan sambil kualiti teruk seperti ini?"

"Dari awal pengurus yang bertugas di Premium Lounge tu buta ke biji mata tak sedar semua ini dan masih menghidangkannya?" soalnya.

Chef Wan turut mengungkit kisah nasi lemak telanjang oleh MAS sebelum ini.

"Dulu MAS dengan nasi lemak telanjang mereka pandai pulak Air Asia gelak kan mereka! Sekarang 2 X 5!" tulisnya.

Tambahnya lagi, beliau akan memaklumkan perkara ini kepada Tony Fernandes, CEO Air Asia.

Dalam masa yang sama, dia sedar perkara yang dibangkitkan ini akan menjadi viral dan mengundang maki hamun orang ramai.

"Habis la lepas ni viral lagi. Saya juga kena maki. Padahal kita cuba memperbetulkan mereka. Ini makanan Warisan dik please go and learn to perfect them." tulisnya


Sumber — Instagram (Milosuam)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.