`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 4, 2018

DEYYY… AZEEZ… KENAPA TAKUT DENGAN POLIS?

Berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya, bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim semalam  tampil dengan sidang akhbar yang antara lain mempertikaikan dua perkara:-
Pertama, beliau mendakwa pengurusan Tabung Haji sekarang tidak mengikut peraturan yang sepatutnya kerana terus membuat laporan polis tanpa memanggilnya terlebih dahulu untuk memberi penjelasan berkenaan apa yang didakwa wujudnya penyelewengan dalam Yayasan Tabung Haji.
Kedua, Ahli Parlimen Baling itu juga mendakwa, laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berniat jahat dan bertujuan mengaibkan dirinya.
Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kecewa kerana Tabung Haji memilih untuk terus membuat laporan sebelum dirinya diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar melalui proses siasatan dalaman.

Deyyyy…apa lu cakap ni?
Sama ada mahu membuat laporan polis, memanggilnya memberi penjelasan atau apa saja tindakan, semua itu terpulang kepada peneraju Tabung Haji sekarang.
Yang penting, jika mereka menemui wujud salah laku, penyelewengan dan seumpamanya, tugas mereka ialah mengambil tindakan dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Apa yang Abdul Azeez perlu risau dengannya?
Lagi pun, sama ada dipanggil untuk memberi keterangan atau dibuat laporan polis, kedua-dua tindakan itu tetap juga memerlukan beliau memberi penjelasan.
Bezanya cuma mungkin kalau memberi penjelasan kepada Tabung Haji, ia dilakukan di pejabat manakala jika dengan polis, sudah tentulah kena datang ke balai polis untuk diambil keterangan bagi proses siasatan.
Itu saja bezanya. Malah jika jika diminta memberi penjelasan terlebih dahulu pun, ia mungkin kemudiannya akan disusuli dengan laporan polis dan perlu hadir ke balai juga untuk memberikan keterangan.
Bukankah dengan pihak pengurusan terus membuat laporan polis itu, ia dapat menjimatkan masa?
Yang penting buat Abdul Azeez, berikan sajalah kerjasama dan penjelasan kepada pihak polis sebagaimana yang diperlukan nanti. Jangan takut, jangan risau dan jangan gundah gulana.
Lebih-lebih lagi, jika kita yakin tidak bersalah dan berada di jalan yang benar, kita tidak perlu risau dengan siapa pun untuk berhadapan memberi penjelasan atau keterangan.
Jangankan dengan polis, berhadapan dengan malaikat mungkar nangkir pun, kalau kita tiada salah apa-apa, kita tidak akan takut dengannya.
Kenapa dalam hal ini Abdul Azeez semacam ada ketidakselesaan dan ketakutan untuk berhadapan dengan polis?
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.