`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 15, 2018

Padah Kongsi Video Bogel Dan Gambar Berahi Diri Sendiri..



KUALA LUMPUR: “Saya rasa ini adalah kafarah (balasan) ke atas dosa-dosa selama ini termasuk mengabaikan ibu bapa dan keluarga semata-mata mahu mencari keseronokan.

“Terlalu berdosa rasanya apabila mengingatkan bagaimana saya dengan selamba berkongsi gambar bogel sendiri kepada puluhan lelaki hanya kerana inginkan duit,” kata seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Nazilah, 25.

Dia kini dihantui rasa berdosa dan menyesal atas perbuatan berkongsi lebih 200 video bogel dan aksi berahi dirinya kepada lebih 30 lelaki sejak tiga tahun lalu.

Kisah silamnya menyebabkan dia kini hidup melarat apabila menanggung hutang along selain berdepan risiko semua gambar bogelnya disebarkan bekas lelaki yang pernah menidurinya sebelum ini.

Jelasnya dia sama sekali tidak menyangka salah seorang lelaki menidurinya menggunakan namanya untuk membuat pinjaman along sebanyak RM15,000 menyebabkan dia diburu ceti haram sejak lebih sebulan lalu.

“Bayaran saya memang lumayan tetapi masih belum cukup untuk melangsaikan hutang along berjumlah RM1,500 seminggu.

“Lelaki yang menipu saya itu pula menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Sekarang dalam ketakutan kerana diugut oleh along,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azman Kang, di sini, semalam.

Katanya, episod hitam hidupnya bermula selepas dia berpisah dengan suami empat tahun lalu akibat tiada persefahaman.

Berikutan itu Nazilah, mencari teman tidur lain untuk mengubati kekecewaannya dan mula berasa seronok dengan apa dilakukan.

“Namun lama kelamaan saya anggap ia sebagai ‘lubuk’ duit kerana mendapat bayaran antara RM200 hingga RM300 daripada lelaki melanggan saya.

“Memang ramai yang bayar saya, ada yang meminta saya buat aksi ghairah dan saya turutkan saja kerana duit,” katanya.

Nazilah berkata, perbuatan itu terkutuk itu dilakukan tanpa diketahui keluarga kerana dia berselindung sebalik perwatakannya yang bertudung, memakai baju kurung dan menjaga adab.

“Saya beritahu keluarga saya bekerja sebagai kerani dan kerap kerja lebih masa sampai tengah malam.

“Setiap hari saya menjadi semakin ketagih untuk melakukan hubungan intim dengan lelaki sehingga lupa dosa pahala.

“Kerana seronok saya langsung tidak memikirkan untuk bertaubat kerana ia adalah punca pendapatan yang agak lumayan,” katanya.

Sementara itu, Azman Kang berkata, sejak awal tahun ini pihaknya menerima lebih 200 aduan berkaitan pinjaman dibuat orang ketiga termasuk berpunca dari keretakan rumah tangga.

“Ada pinjaman dibuat bekas suami sendiri, orang baru dikenali dan saudara-mara. Ramai mangsa tak tahu nama mereka digunakan, hinggalah along datang membuat tuntutan kerana bayaran sudah tertunggak.

“Bagi kes Nazilah, kami akan bincang dengan along terbabit untuk menjadualkan semula pinjaman itu,” katanya.


Gambar Hiasan




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.