`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 8, 2018

PERCAYA ATAU TIDAK, UMNO KATA TIADA BAS, WANG SAKU UNTUK DEMO HARI INI

PERAK 18-11-2018.Thousand of protesters, comprising from political party, Umno and Pas, and non governmental organisations gathered at the Kampung Gajah taxi stand to oppose the ratification of the ICERD. MALAYMAIL/Farhan Najib
UMNO mendakwa tidak memberi sebarang tajaan kepada ahlinya untuk menghadiri Himpunan Bantah ICERD hari ini di Dataran Merdeka.
Ahli Majlis Tertinggi Armand Azha Abu Hanifah berkata, Umno tidak lagi menyediakan bas atau wang saku kepada ahli untuk menyertai program seperti semasa mana ketika parti itu menjadi kerajaan.
“Kali ini memang turun seikhlas hati. Baju pun siapa hendak, kena beli. Kita memang tidak sediakan bas atau wang saku,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Keadaan kewangan parti itu tenat apabila akaunnya dibekukan oleh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, selain akaun pemimpin tingginya yang disiasat kerajaan.
“Kalau ikut anggaran kita, Umno sahaja dekat 200,000 (orang peserta). Kita kira bahagian-bahagian yang hantar,” katanya.
Dua parti terbesar Melayu Islam, PAS dan Umno merupakan tunjang utama perhimpunan anjuran Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu.
Di Perlis, kerahan untuk ahli di negeri itu juga tidak melibatkan sebarang dana, kata Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin, yang menyifatkannya sebagai satu ujian.
Menurut Zahidi, beliau hanya mampu berkempen dan memberikan semangat agar ahli Umno dan rakyat hadir dalam himpunan tersebut tanpa sebarang peruntukan khas.
Katanya, secara tidak langsung menguji semangat orang Melayu untuk hadir tanpa sebarang dana.
“Kita kempen untuk hadir. Mereka kutip duit sendiri, kongsi sewa bas. Kita maklumkan sekarang tiada peruntukan.
“Adakah tiada peruntukan akan melemahkan orang Melayu? Kita mahu lihat semangat orang Melayu Islam mempertahankan hak mereka,” katanya.
Umno diterajui Ahmad Zahid Hamidi berdepan tekanan kewangan selepas akaunnya dibekukan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 berkaitan siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.
Umno diterajui Ahmad Zahid Hamidi berdepan tekanan kewangan selepas akaunnya dibekukan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 berkaitan siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.
Sementara itu di Johor, selain daripada Umno, badan-badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan untuk mengerah kehadiran ke perhimpunan itu.
Naib Ketua Umno Bahagian Tenggara Hahasrin Hashim berkata NGO dan ahli Umno yang menggerakkan kempen itu turut menjual baju untuk menampung kos pengangkutan.
“Selain daripada Umno, yang berstruktur menggerakkan rakyat untuk ke perhimpunan itu dipayungi oleh NGO-NGO, orang muda dan sebagainya.
“Bagaimana mereka melaksanakan, saya nampak ada dikalangan NGO itu menjual tshirt dan sebagainya mungkin untuk menampung kos mereka. Mereka ambil inisiatif sendiri,” katanya.
Adun Panti itu juga mendakwa ramai juga individu yang dahulunya menyokong Pakatan Harapan turut menyatakan sokongan terhadap perhimpunan tersebut.
“Kebanyakkan orang Melayu sudah mulai sedar. Mereka lihat apa yang terjadi di Perak dan negeri-negeri lain.
“Ramai yang dulu mengundi PH kecewa selepas mereka menang tidak dapat membela, menjaga kebajikan orang Melayu,” katanya.
Kumpulan peserta dijangka berkumpul di lima lokasi di Kuala Lumpur hari ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka pada kira-kira jam 3 petang.
Antara tokoh utama yang menjadi perhatian di perhimpunan tersebut adalah bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
THE MALAYSIAN INSIGHT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.