`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 17, 2019

18,000 remaja hamil setiap tahun

KAJIAN menunjukkan purata seramai 18,000 remaja perempuan hamil setiap tahun, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Maria Chin

Menurut Maria, kebanyakan mereka hamil tanpa dirancang, dan dianggarkan separuh daripada mereka berkemungkinan berakhir dengan langkah pengguguran.

Masalah sosial yang berkaitan dengan kehamilan seperti ini ialah pembuangan bayi, tambahnya ketika menyampaikan ucapan dalam program "Love Yourself," di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan semalam.

Menurutnya 100 kes pembuangan bayi telah dicatatkan setiap tahun, statistik itu menunjukkan seorang bayi ditemui mati setiap 3 hari. Katanya ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan seks.

Kata Maria, perkataan "pendidikan seks," telah ditukar kepada "pendidikan pembiakan dan kesihatan sosial," untuk membuang sebarang perkataan negatif.

"Banyak kajian-kajian mendapati bahawa pemahaman terhadap pendidikan kesihatan tentang pembiakan boleh mengurangkan statistik remaja terlibat di dalam salah laku seks," katanya.

Katanya lagi ibu bapa dan pihak berwajib semakin bimbang dengan trend seksual dan kelakuan di kalangan remaja di negara ini.

"Peratusan aktiviti seksual di kalangan remaja meningkat secara mendadak dari 2.3% di kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun dalam 2014 kepada 7.3% dalam 2017.

"Peningkatan jumlah kes rogol dan kehamilan di luar perkahwinan memerlukan perhatian khas pelbagai pihak bagi memastikan masalah itu dapat ditangani," tambahnya.

Sumber — milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.