`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 31, 2019

Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara dibuka secara rasmi esok

Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengguna dilarang memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar bagi mengelakkan kesesakan trafik. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU: Selepas lebih enam 6 minggu ditutup kepada orang ramai, jambatan angkat atau “drawbridge” yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dibuka semula mulai 6 pagi esok.
Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua jenis kenderaan dibenar menggunakan jambatan angkat, tetapi pengguna dilarang memberhentikan kenderaan kerana tindakan itu boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.
“Pengunjung yang ingin melawat (jambatan angkat ini) diminta meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan dan menggunakan tangga atau lif.
“Ruang komersial ‘sky bridge’ belum dibuka dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki ruang lobi,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri melantik Terengganu Incorporated Sdn Bhd sebagai operator jambatan itu.
“Pada masa ini, kontraktor utama masih berada di tapak projek untuk memberi latihan kepada pasukan operator Terengganu Incorporated Sdn Bhd sehingga 30 September ini.
“Semoga pembukaan jambatan ikonik ini akan memberi impak kepada sektor pelancongan Terengganu, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi rakyat di samping memperkenalkan negeri ini di mata dunia.”
Beliau turut berharap agensi pelancongan dapat menyenaraikan lawatan ke jambatan angkat itu dalam pakej mereka.
Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638m itu mempunyai 2 menara berkembar setinggi 16 tingkat.
Jambatan bernilai RM248 juta itu adalah yang ke-4 menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.
Untuk rekod, jambatan itu dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun lalu untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem “signalling” jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.
Setelah tamat pengujian sistem, jambatan angkat itu ditutup semula kepada orang ramai pada 17 Jun lalu bagi tujuan pentauliahan komponen lain serta beberapa penambahbaikan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.