Sebagaimana yang sudah diatur dan diusahakan sejak lebih seminggu yang lalu, petang ini tibalah masanya akan berlangsung diskusi buku “Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati”.
Maklumat diskusi adalah seperti berikut:-
Tarikh: 17 Julai 2019 (Rabu)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Restoran Menate Steak Hub, Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam.
Ahli panel diskusi ialah Naib Canselor Universiti Selangor atau UNISEL merangkap Ketua Pegawai Eksekutit Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin dan bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Seri Akhbar Satar.
Diskusi akan dikendalikan oleh editor Astro Awani, Nazri Kahar selaku moderator.
Kepada yang sudah membuat ketetapan untuk hadir ke diskusi ini, dengan besar hati dialu-alukan kehadiran anda semua.
Bagi yang belum membuat keputusan atau tidak mempunyai maklumat mengenai diskusi ini, tetapi ada kelapangan masa pada petang ini, dengan segala hormatnya turut dipersilakan menghadirkan diri.
Marilah kita memeriahkan diskusi tentang kedudukan PM Ke-8 ini dengan penuh isi dan tanpa emosi.
– https://shahbudindotcom.net
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.