Gesaan yang dibuat Khairuddin Abu Hassan (Mantan Calon Pakatan Harapan Jasin) bagi meminta pihak berkuasa menyiasat ketulenan video-video lucah lama yang dikaitkan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai ‘ketinggalan zaman’ serta dilihat cuba mengalihkan isu ‘semburit’ dengan cara yang dilihat sangat terdesak.
Beliau yang dikenali di kalangan ahli politik sebagai ‘penjilat’ tegar Tun Dr.Mahathir dan juga penyokong Azmin telah membuat beberapa serangan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum itu Khairuddin dilihat sering berlagak ‘hero’ dengan sering melenting bila ada pihak yang menegur Tun Mahathir dan Azmin walaupun berkait isu pentadbiran negara. Khairuddin sering mengeluarkan kenyataan yang kasar bagi membidas pihak yang menegur kepimpinan Tun Mahathir dan Azmin seolah cuba berlagak juara serta tidak menunjukkan semangat ‘Malaysia Baru’. Mungkin beliau tidak faham kerana beliau tidak menjadi wakil rakyat setelah tewas di Jasin pada PRU-14 dan petisyen yang difailkan.
Tindakan terbaru beliau yang ingin membuat laporan kepada pihak Polis bagi menyiasat ketulenan video tersebut sangat tidak ada keperluan sedangkan Dato’ Seri Anwar telah beberapa kali dipenjara walau ada ‘pakar’ yang telah mendedahkan terdapat kepincangan berkenaan kesahihan video berkenaan.
Dato’ Seri Anwar telah menjalani hukuman penjara terhadap beberapa pendakwaan dan terakhir apabila difitnah meliwat pada 2015 walaupun terdapat kesangsian terhadap kenyataan Saiful Bukhari.
Pada 2018, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mendapat pengampunan penuh DiRaja serta dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi kebebasan serta merta. Tindakan Khairuddin seolah cuba menunjukkan pengampunan yang diberikan oleh Istana sebagai ‘tidak relevan’ dan beliau seolah menentang keputusan Istana.
Khairuddin dilihat sangat terdesak ingin menghalang Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 walaupun telah termaktub dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan yang dipersetujui keempat-empat parti iaitu KEADILAN, PPBM, DAP dan AMANAH pada 6 Januari 2018 dan diumumkan secara rasmi semasa Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018.
‘Modus operandi’ beliau lebih ketara apabila beliau terus melenting kepada Dato’ Seri Anwar hanya kerana menjawab persoalan wartawan dengan menyatakan rakyat ingin tahu ketulenan video ‘semburit’ yang dikaitkan dengan Azmin serta dalang penyebaran video berkenaan sedangkan Khairuddin diam seribu bahasa terhadap Ummi Hafilda yang lantang membidas beliau serta menceritakan ‘sejarah hitam’ Khairuddin.
Tindakan Khairuddin yang sering melenting tanpa beliau sedari seolah memperlihat Tun Mahathir dan Azmin sebagai seorang yang jahat kerana cuba menghalang Anwar seterusnya melanggar perjanjian Muafakat Pakatan Harapan dan Khairuddin hanya sebagai ‘barua yang menyalak’.
Razeef Rakimin
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sabah
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sabah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.