`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 14, 2019

Saya tak pernah cakap Tun M korup, kata Kit Siang



(nthqibord) -  Kit Siang kebelakangan ini kerap ‘memuji-muji’ Tun Mahathir.
Beliau berkata keputusannya untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir adalah perlu, semata-mata untuk menghalang Malaysia ‘dirosakkan’ Najib Razak.
Boss besar DAP ini juga berkata beliau tidak pernah melabelkan Dr Mahathir sebagai perasuah ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.
“Saya tidak pernah kata dia rasuah. Anda boleh lihat melalui semua kenyataan saya. Ia semua dalam rekod,” katanya semasa wawancara eksklusif bersama New Straits Times baru-baru ini.
Walau bagaimana pun, portal rasmi DAP iaitu roketkini.com berkata sebaliknya.
Pada 24 Februari 2013, Lim Kit Siang telah menuduh Mahathir melakukan penyelewengan apabila negara rugi RM100 billion pada ketika itu.
” Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan bekas Perdana menteri, Mahathir Mohamad,” antara petikan roketkini.com.
Pada 28 Mei 2012, dalam blog peribadi Lim Kit Siang iaitu blog.limkitsiang.com juga menulis Tun Mahathir tidak sesuai dijadikan contoh kerana bekas Perdana Menteri itu korup dan ‘berkelakuan tidak baik’ kepada rakyat.
Ini tidak termasuk karangan buku yang ditulis Kit Siang yang bertajuk ‘The Bank Negara RM30 billion Forex Loses Scandal’ yang mengaitkan Mahathir dengan skandal kewangan terbesar negara itu.
Kesemua ini tidak termasuk dengan banyak lagi arkib yang disimpan oleh para pemerhati politik serta sejarah yang terdapat di ruang digital yakni, ianya tidak mungkin dapat dipadam! – NTHQiBord, 14 Julai 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.